Salji

Isnin, 11 Januari 2021

Majlis bersanding (Nur'Awatif)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera, 


yeahhhhhh...... kawan baik modek naik pelamin akhirnya.... 💗💗💗💗💗💗💗

Tahniah bff, lepas nie da tak leh lepak da tak leh nak macam dulu da, awak da ada tanggungjawab besar sekarang. semoga perkahwinan awak ni akan mematangkan awak dan ingat la selalu, apa pun jadi, sabar. kesabaran itu yang paling penting dalam ikatan rumah tangga. Doakan saya juga ye untuk dapat pasangan yang baik dan yang mampu sayang saya dan jaga saya sampai tua. hehehehe 😍

semoga awak dikurniakan zuriat secepatnya ye, saya tak sabar nak dukung baby ni. hehehe 😂😂








Isnin, 4 Januari 2021

pernikahan NurAwatif 31.12.2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Akhirnya, hari yang di counting-counting telah tiba, hehehe. Alhamdulillah kawan baik modek da selamat di ijab kabulkan dalam majlis yang ringkas. Disebabkan covid19 ni,  di johor masih PKPB, maka pernikahan dibenarkan tetapi hanya di pejabat agama sahaja pada waktu itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah bff dan pasangan 💗 (Nur'Awatif x Aiman )







Dan majlis diteruskan lagi dengan Malam Berinai, Alhamdulillah, disaat hati risau majlis ni boleh buat ke tak, tapi akhirnya semua majlis dia dapat disempurnakan, so stay tuned, majlis sanding akan diupdate sebentar lagi, hehehe



Rabu, 2 Disember 2020

Road to Halal (Nur'Awatif)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Road to Halal, habis tu sekarang haram ke? hahahaha tak la bermaksud macam tu, cuma menghalalkan perhubungan.

Masih lagi mood "counting days" , kurang dari sebulan kawan baik modek ni akan bernikah dengan kekasih hati dia. Jadi di kesempatan masa yang ada ni, boleh la kita sambut "bride to be" nanti lepas ni susah da nak berkumpul, sebab masing-masing da ada jadual work from home. 






Sambutan yang simple, tapi harap cukup buat dia happy disaat dia sendiri tengah nervouse tu. kita bersambung di episod akan datang ye... hehe


Rabu, 28 Oktober 2020

watiey da tua

  Assalamualaikum dan salam sejahtera,

28/10/2020 maka genap la umor NurAwatif  28tahun, da tua da bff saya nie, tapi terpaksa diakui la saya lagi tua. hehehe Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia dan bertambah nya umur awak, maka bertambah la hari persahabatan kita, tak sangka, harini da genap 5tahun kita kawan dan sambut birthday sama-sama. (2016-2020)

Boleh tak nak nyanyi sikit, sikit je... 

Happy birthday to u.

happy birthday to u.

happy birthday to keding

happy birthday to u



 


terima la suara sumbang dari kawan awak yang annoying ni . HaHaHaHa harap2 tak hujan la ea aku nyanyi nie. oppppsssss

so pasnie kita counting day untuk hari berbahgia awak pulak ye, inshaAllah tiada aral awal tahun 2021 awak akan bergelar seorang isteri, semoga semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Mengenali awak satu kurnia dari Allah, terima kasih jadikan saya kawan awak dan pernah anggap saya sebagai ahli keluarga awak. 💖 



Selasa, 11 Disember 2018

Ciksue & Cikmah

assalamualaikum

once upon a time... ha mukadimah je da english, tapi tak dapat nak meneruskan sebab da lama xmakan keju, jadi lidah da kelu nk cakap omputeh. Modek mencatatkan nukilan nie tepat 2minggu selepas keluar dari hospital. tangan baru okey nak menaip, hehehe.. sebenarnya nukilan ni untuk si dia yang da bersusah payah jaga modek kat hospital. Nama dia dalam kad pengenalan Suhaila binti Hashim tapi modek panggil dia ciksue dan nama dia dirumah pulak Ella...

Modek masuk hospital selama 4malam (21nov-25nov), lakukan pembedahan kecil untuk membuang ketulan yang membengkak di bawah lengan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan modek semakin pulih dari kesakitan. masih dalam mood cuti lagi, doktor bagi cuti panjang. hehehe... rindu nak pergi kerja sebenanrnya, tapi xrindu kerja, rindukan suasana dan kawan-kawan kat sana je. Especially rindu my partner "ciksue"

modek pernah terfikir satu masa dulu, time sakit nanti ada ke kawan yang saggup jaga modek. Akhirnya soalan itu terjawab dan Allah kurniakan dia sebagai sahabat yang jaga modek dan modek sangat-sangat bersyukur ada dia disaat getir. terima kasih ciksue sebab ada disaat saya memerlukan. Disaat saya sangat-sangat down, awak genggam tangan saya. Ayat yang saya takan pernah lupa, awak cakap awak buat nie atas dasar saya sahabat awak dan awak tak nak saya dan mak ayah terhutang budi langsung pada awak. awak ikhlas jaga saya sebab awak sayangkan saya. Dan sekarang ikhlas dari hati saya, saya sangat-sangat sayangkan awak ciksue. #smileso #sisterbyheart






Selasa, 24 Julai 2018

Smileso (Birthday Sue)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

24th July 2018
Dedicate to : Miss Suhaila Binti Hashim



Happy birthday to u
Happy birthday to u
Happy birthday to Suhaila
Happy birthday to u






Perkenalan bermula di Jbcocoa..She is special person that i found here, she is caring, sweet, nice, understanding me and always look happy and strong even she have many problem. Dear Sue, thank you because be a good friend, always support me and always be my "kawan pinjam bahu". hehehe

                                                               


Sempena besday awak nie, saya doakan semoga awak sentiasa bahagia, sentiasa diberi kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dan rintangan, dipermudahkan urusan dunia akhirat, dan paling penting semoga persahabatan kita kekal buat selamanya, InshaAllah. 

#Smileso #WarehouseTeam #Ciksue #Cikmah 



Ahad, 25 Februari 2018

Jumanji

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasa tiba-tiba nak catatkan satu kenangan yang asyik dirindukan. hehe. Lepas modek berhenti kerja di PTIS modek masih tak bleh move on untuk berjauhan dari someone yang modek sayang nie, maka modek cari jalan macam mana nak ajak dia hang out, maka try la ajak dia tengok wayang cite Jumanji. Dari bulan 12, 2017 ajak dia.. bulan 1, 2018 baru menjadi. hehe 

Ada juga la kenangan yang terpahat dengan dia. Actually dia adalah officemate pertama yang modek ajak tengok wayang dan lega sangat dia setuju nak ikot. kalau tak berhuhuhuhhuhu jela kat bucu dinding. Dinding ada bucu ke?? hahhaha

Dia la paling tahan nak layan gila member dia nie yang baru iklan da gelak berdekah-dekah. Tapi seronok tengok dia happy. Betol la kalau kita sayangkan seseorang, kebahgiaan dia akan menjadi kebahgiaan kita juga. Tapi serius la cite Jumanji bleh bagi 5 bintang. Best sangat. 

What i like about my Bff nie ialah bila ajak pakai sedondon dia on je, hehehe.. so tema nak g tengok wayang nie blue royal. Sweet tak sweet belakang cite yang penting modek bahagia. hehehe. 





Its not about me. Its not about you. Its about us, our friendship and relationship.