Salji

Jumaat, 12 Disember 2014

Futsal Batch UUM

Assalanualaikum dan Salam Sejahtera.

Futsal diakhir semester, perlawanan suka-suka antara pelajar Semester 6. Aku yang pada awalnya cuma datang untuk menjadi penyokong tetapi tiba-tiba rasa seronok nak main walaupun aku tau aku tak mampu disebabkan sakit yang aku alami. Kawan-kawan marah xbagi aku main bukan sebab apa, melainkan sebab mereka xnak aku sakit. Namun sebab kesian, aku diizinkan main tapi dengan syarat aku tak boleh berlari.



Team gugurlz yang sporting sangat.. kata pun main suka-suka.. Mana leh gaduh-Gaduh... Kalah menang adat permainan yang penting sekali adalah kami seronok diakhir semester dan keputusan siapa pemenangnya akan diumumkan sebentar lagi.......




Pemenangnya adalah...... Kami xmenang dan kami tak kalah.. keputusan SERI SATU SAMA... Terbaiklah... Sayang korang dak Alpha Batch UUM Semester 2 Sesi 2012/2013.



SEKIAN

Ahad, 23 November 2014

Makan Angin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu nie ada orang tu (Norasila Haron) xbalik Johor untuk amek lesen lagi sebab dah Lulus JPJ. So, jom la kiter bertiga meluangkan masa bersama jejalan disekitar Seremban 2 yang indah nie. Tempat yang dipilih adalah: Mydin Seremban 2.






 

Agak-agak dah puas Ukur jalan sekitar Mydin.. dah perkena Nasi briyani pada awalnya dan diakhiri  dengan Waffer Daily Fresh... Falha selalu pesan Waffer blueberry or peanutcoklat tapi please jangan letak banyak-banyak... Kalau aku pulak, Chiken Floss.. Nyum,,Nyum,,,

Ok.. perjalanan sepanjang sabtu berakhir dengan Laju.. Petang sempat singgah ke Pasar Malam.. Saje jejelan.. Bukan nak beli apa sangat pun... Setakakat dapat minum soya segelas pun kira ok.. if kat pasar  malam Fal suke beli buger... tp buger tu tak sama mcm buger wan kan fal?? hehehe...Sok kiter plan jalan lagi.. So kemana kah kiter?? TESCO Seremban 2. (Mcd-nak makan something new tapi tak berapa nak baru) kih kih kih....





Puas makan Mcd.. Siap tapau bawa balik nak makan kat Asrama lagi.. Walaupun asyik kena perli makan Mcd sebab Xboikot... So tutup mata, pekakkan telinga dan bisukan mulut. (No Komen). 

Aku sayang korang sangat-sangat Norasila Haron dan Siti Falha Mazlan.. Selepas Mak dan Ayah.. Sahabat aalah insan kedua terpenting dalam hidup aku. Aku xboleh bayangkan jika aku tak ada keluarga dan Sahabat.. Aku tak bersedia dan xakan pernah bersedia. 






Ahad, 2 November 2014

Suprise Kali Ke-2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Suprise again n again... WOW.... Bertuahnya Badan ada member pandai wat suprise.. Terima Kasih tak terhingga buat awak, awak dan awak semua. Sayang korang sesangat... Tak Sangka tahun nie kau dan aku mempunyai impian yang sama iaitu nak sambut besday sesama sebab sepanjang 3Tahun kat sini tak pernah berpeluang nak rasa sambut sama-sama. Sayang my Zodiak Sangat-sangat Teoh Ai Peng dan Yuliindra Helmi. (Scorpion's Girl)



Kami Zodiak an saling menyayangi Walaupun:

1. Dua Gemuk Sorang Kurus
2. Dua becermin Mata sorang takde
3. Dua gigi Kapak Sorang gigi rata
4. Dua tinggi sorang Pendek 




Terima kasih penganjur dan boyfriend penganjur yang dah sponsor Kek.. cc to Pitriawati, Rachel, Mira Remior dan Monica Shanti+ Irwandy. Terima Kasih penaja tempat KFC City Park. 



TERIMA KASIH
EX DORM 130/2









Sabtu, 1 November 2014

LanGkaWi.........(ThrowBack)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

kenangan semasa dilangkawi selama 3hari 2 malam adalah satu kenangan yang indah sempena pengakhiran semester... walaupun agak sedih kerana ahli dorm semua xjoin ke langkawi namun aku bawa mereka sentiasa dalam hatiku... ok.. perjalanan ke langkawi dimulakan. Maka pada pukul 10malam 16 Oktober 2014, kami mulakan perjalanan kami,





HARI PERTAMA

Kami selamat tiba di jeti untuk menaiki feri ke langkawi... pulau bersejarah...perjalanan dari jeti ke pulau langkawi mengambil masa 1jam..




muka-muka happy n muka-muka xmandi.. hihihi... 




seronok naik feri.. selesa n best sangat.. xmabuk laut.. maka setelah sampai di pulau langkawi benda pertama dilakukan adalah mengisi perut yang kekosongan... di kedai makan ini lah kami makan selama 3 hari disini.. lauk best-best.. sedap-sedap..



setelah mengisi perut,, maka perut tidak lagi mengeluakan bunyi-bunyi keroncong... seharian ini kami akan penuh dengan aktiviti di darat, maka kami menggunakan segala masa dengan tenaga yang ada untuk meronda satu pulau langkawi ni... lokasi pertama kami adalah tempat memproses gamat. Disini kami dapat merasa pengalaman melihat gamat yang diproses menjadi minyak dan kami berpeluang merasakan pengalaman menyentuh gamat didalam kuali panas.


Setelah seharian berjalan tengok gamat.. pada sebelah tengaharinya kami pergi ke Dataran Mahsuri. Jika Melaka terdapat sejarah Hang Tuah. Maka DiLangkawi Mahsuri Lah sejarahnya. Moh ler kiter....




Pergh... Panas cuaca disini... Kepenatan mula terasa namun perjalanan harus juga diteruskan... kita teruskan ke UnderWater World untuk melihat kehidupan yang ada didalam lautan.. Moga-moga adalah Ikan Duyung. Opsss... Duyung xder.. Penguin ada... Nyotttttt....nyotttttt....


                               









Hujan mula membasahi bumi Langkawi.. menyejukkan udara yang semakin membahang. (Dahlah Xmandi)hahahahah.....Ok.. perjalanan disambung lagi... kali nie kiter akan Naik Kereta Kabel,, kecundang rasa nak naik kabel diSingapura akan terubat di Langkawi... JOM.....



Muka nampak relax jer naik Kabel nie.. tapi hati cuak.. mengucap jela banyak-banyak.. perjalanan jauh nak sampai ke puncak. Tapi bila dah sampai WAHHHHHH.... CANTIKNYER....








Setelah puas tengok permandangan indah Pulau langkawi dari puncak.. kiter turun semula menjejaki bumi untuk ke Dataran Helang dan seterusnya balik ke Hotel untuk merehatkan diri sebelum menyambung aktiviti pada esok hari.




HARI KE-2

Ok..Kita pergi mandi manda dan menjelajah pulau-pulau kecil disekitar Pulau Langkawi..Target to Pulau Beras Basah dan Tasik Dayang Bunting.







Pulau Beras Basah... Seronok.. pasir lembut.. Air jernih... Banyak Monyet.. JOM menceburkan diri kedalam AIR..... Ada Jerung x eh??


Setelah sejam berendam... Kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting.. Nampak bentuk orang mengandung x disebalik gunung tu.... kami kena mendaki dan berlawan dengan monyet untuk sampai ke tasik.




Setelah puas menejelajah lautan.. tiada hasil tangkapan yang dapat diCari. Maka kami pulang keDarat. Didarat ada banyak benda yang boleh dipancing.. Nak tau apa dia... COKLAT.... kat sini famous cokelat Daim.. Maka Ke Gendung Haji Ismail lah Kiter....


Dah dua malam kiter kat sini. Maka esok perjalanan balik semula Ke Seremban.. Jadi berkemas jom supaya tak ada barang tertinggal... Sebelum meneruskan perjalanan ke Seremban, Singah sebentar Di Padang Besar, Perlis untuk makan dan enjoy-enjoy...  (Pulut Durian) nyum....nyum....


Akhirnya... perjalanan 3Hari 2Malam berlalu dengan begitu pantas.. Kehiduan perlu diteruskan... tak lama lagi nak exam. So Selamat tinggal Langkawi... 







Selasa, 28 Oktober 2014

SupRisE

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Suprise.. masih dalam mood besday walaupun dah ditinggalkan 3hari yang lalu. sape sangka balik exam ada kejutan bakal menanti? sebab benda yang tak disangka itu lah, aku menangis kerana terharu dengan apa yang dilakukannya.. Aku tak akan lupakan kenangan harini.. kerana harini adalah hari aku terkejut masa besday dan aku dimandikan bedak.. Terima kasih kepada sahabat ku @Siti Falha binti Mazlan @Are-are Falha @Tembam @Tiger yang dah susah payah wat semua ni untuk sambut besday modek. really appreciate it. sayang kamu sangat-sangat. 


terima kasih juga untuk kek choc moist kesukaan modek dan hadiah yang besar iaitu minion yang modek bagi nama 'tiger'.


my new roomate.. yuyunwahyunizueyaya



Semoga persahabatan kiter bertiga kekal hendaknya bukan setakat sehingga tamat belajar. love both of you. Falhahikmahasila

Sabtu, 25 Oktober 2014

25 OktOber 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

hari yang dinanti-nanti telah tiba.. harini maka genaplah umur den 23tahun.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang untuk bernafas dimuka bumi ni. terima kasih kepada mak (Leha) dan ayah (Tuan Aziz) kandung sebab melahirkan aq kedunia namun ucapan terima kasih tak terhingga hendak diucapkan kepada keluarga angkatku emak (raina) dan Ayah (abd aziz) kerana telah menjaga ku selama 23tahun ni dan mendidiku menjadi insan yang berguna.. berguna ke? hehe..

Terima kasih tak terhinga juga buat kawan-kawan yang sudi nak mengaku aku kawan walaupun aku ni serba serbi teruk, selebet, selekeh, ganas dan sebagainya. tapi sape mengaku aku eh?? hehe.. xkisah la diorang anggap aku kawan tak yang penting aku sayang semua kawan-kawan aku especially norasila, falha dan 130/2. terima kasih kawan-kawan sebab ada yang bagi ucapan sweet kat fb, mesej dan sebagainya. Dan terima kasih kepada sidia yang belanja makan tepat pada tarikhnya. 

So, hari yang ditunggu dimulakan dengan p makan KFC dengan Sahabat kesayangan aku ni.. moh kiter terjah



terima kasih Norasila belanja KFC sempena besday den. 

Maka dengan ini ucapan teristimewa aku berikan untuk zodik aku yang sweet sangat iaitu Teoh Ai Peng dan Yuliindra Helmi. Aku sayang korang... walaupun kiter satu zodiak, banyak persamaan tapi banyak juga perbezaan.. tp kiter saling menyayangi antara satu sama lain. we are scorpio girl.