Salji

Rabu, 9 April 2014

KoPErAt

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Modek nak citer pasal baju koperat. Baju koperat ni biasanya kalau kat Kolej orang buat ikut Persatuan, Batch dan Pensyarah. Tapi kali ni ada kelainan sikit. Di sebabkan kami satu dorm 130/2 jenis bersatu hati, maka kami yang xberapa ramai ni pun ada baju Koperat. hehe...
 
Warna dan jenis baju Koperat kami dipilih Oleh Yuliindra binti Helmi a.k.a Warden Dorm.. kalau dia pilih, mesti ada warna kuning, sebab tu warna kesukaan dia. hehe..Disini aku ingin mengucapkan Jutaan terima kasih xterhingga kepada Yuliindra kerana telah merealisasikan juga Baju koperat ni, disebabkan budah Batch aku xde plak yang nak wat baju koperat.
 


cantik x??? Nampak seragam kan satu dorm ada baju koperat. Baru Nampak macam student. hehe
 
 
Nie dia Yuliindra.. terima kasih ye yulie sebab da menguruskan hal ehwal baju nie.. walaupun plan dah lama, tapi sem ni yulie Berjaya juga merealisasikannya.
 
 
Nie dia geng aku.. hehe...Smart btol member2 aku ni.. Aku juga yang still comot. hehe
 
hope baju dah sama.. walaupun hati lain-lain, modek harapkan hati kita tetap bersatu dan xkan terpisah walau dah tamat belajar nanti.
 
 
 
 

Selasa, 8 April 2014

PeNyAkiT AKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
'muda-muda dah ada penyakit' itu kata mak aku... tapi aku akan jawab satu je " kematian pun mana ada kira muda ke tua". Bila sebut pasal kematian, mana ada orang yang betul-betul dah sedia nak menghadapinya. Penyakit yang datang pun bukan sesuatu yang dipinta. Namun aku redha dengan ketentuan yang Esa. Andai ini takdirnya, aku akan cuba harungi. Aku tahu Allah hanya menguji hambanya sesuatu yang mampu dipikul.
 
Akibat jatuh, aku di sahkan sakit tulang bengkok. namun itu hanya setelah di X-Tray. Namun setelah MRI aku sebenarnya mengalami masalah "slipped disc" di mana cakera pelindung tulang aku mengeras, membengkak dan terkeluar dan mengenai saraf aku. Aku kena makan ubat selalu, xboleh angkat berat, xboleh terlalu aktif, xboleh berlari-lari itu pantangnya. Kesan jangka panjang penyakit aku ni mungkin aku xboleh mengawal pembuangan air kecil dan besar. Dan akibat cakera tu terkena saraf, ia mengakibatkan kaki kiri aku sering kebas-kebas dan krem seperti terkena renjatan elektrik.
 
Doktor cadangkan aku untuk bedah, untuk tukar "slipped disc" tu. Namun aku belum ada keberanian lagi dan kos juga mungkin tinggi. bak kata Doktor, aku terlalu muda untuk dapat sakit nie. sebab biasanya penyakit nie untuk orang berumur 35 tahun keatas.
ini lah yang aku rasakan,,, sakit dari pinggang hingga hujung kaki kiri
 
slipped disc aku terkeluar sikit dari tulang menyebabkan terasa nyilu
 
slipped disc yang mula mengeras da membengkak terkeluar dari laluan
 
slipped disc aku terkeluar dan terkena "sciatic nerves" menyebabkan kaki aku kebas dan krem.
 
 
walaupun kadang kala aku akan rasa juga kesakitan nie.. tapi kekuatan aku adalah pada mak ayah dan kawan-kawan yang selalu support aku. walaupun kata doctor aku sepatutnya xboleh terlalu aktif, tapi bagi aku selagi aku masih mampu nie aku nak cuba semua benda,, aku nak lari macam orang biasa, aku nak kacau kawan-kawan aku puas-puas, nak melawat semua tempat, nak menari dan macam-macam lagi.
 
Andai ini catatan terakhir aku.. aku mohon keampunan yang teramat sangat dan mengharapkan kalian menghalalkan semuanya dan tidak melupakan aku. kenang daku dalam doamu.
 
 
 
 

UTHM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Setelah seharian penat menjelajah Singapura.. kami menjelajah pula Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terletak di Batu Pahat, Johor. Perghhhhh.... cantik tu Universiti nie... Kami juga melawat perpusatakaan Tunku Tun Aminah yang merupakan perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara.
 
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
 
 
 
 
Siti Falha
 
Norasila Haron
 
Sweet friend- Rachel dan Falha
 
Bilik ni aku yang punyer..hehe

 
 semoga kenangan indah bersama nie akan terpahat untuk selamanya. Next destination 25 April 2014, "PULau PaNgKor"

SinGapOre

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Singapura merupakan sebuah pulau kecil yang dahulunya bernama Temasek. Bandar yang cantik ini kami kunjungi dan jejaki juga akhirnya. Aku pernah mendiami Singapura sejak usia aku 2minggu sampai umur aku 6tahun, selepas itu aku terpaksa pindah ke Malaysia disebabkan ayah aku merupakan warganegara Malaysia dan aku kena bersekolah di Malaysia.

Di Singapura, Kami lawati banyak tempat seperti padang Esplaned, Arab street dan Sentosa. Kenangan ini tidak dapat aku lupakan kerana aku bersama-sama sahabat-sahabat aku bercuti dan berjimba di sini.
 "Hujan Emas di negeri orang, Hujan batu di negeri Sendiri"
 
 
rakan-rakan asrama 130/2
 
my lovely friend
 
sahabat selamanya
 
kawan paling sweet
 
Di Masjid Sultan
 
ToyOl
 
pemberian sahabat kepada sahabatnya...
 
Ditahun-tahun akhir ni,, kalau boleh nak cipta 1001 kenangan yang manis je bersama mereka.. Muda hanya sekali, dan berharap semua kenangan nie akan terpahat di ingatan aku dan mereka selamanya. Harap persahabatan ini juga tidak akan terpisah walaupun kami akan dipisahkan oleh jarak dan waktu.