Salji

Sabtu, 28 Jun 2014

Bye-bye 130/2

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
 
#sedih.
 
Setelah hamper 3 tahun tinggal di Asrama Kolej, Akhirnya kena pindah juga... Hanya disebabkan nak menampung jumlah pelajar baru yang ramai.. Kami yang tinggal 1 semester je lagi ditahun akhir diarah keluar.. Sedih tak terkata.. terpaksa cari bilik lain dan berpecah lah kami 16 orang..
 
Selamat tinggal Bilik ku yang penuh memori suka dan duka.. kau tempat ku berlindung dari hujan dan panas, meredupi ku tidur pada waktu malam.. Segala memori ku pahatkan di hati.. Lepas nie semua dah tak sama lagi.. Semua akan berubah.. tak ada lagi tawa ria dan bising budak2 dorm diwaktu pagi dan malam... Aku akan rindu bilik ni dan isi didalamnya...
 
 
 
 
Selamat tinggal 130/2
 
 
 
 

Isnin, 16 Jun 2014

STreSS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#Stress

tekanan.. tekanan.. tekanan,...sibuk nak exam, sibuk juga nak kena pindah bilik.. terpaksa pula berpisah dengan ahli-ahli 130/2.. berpecah habis-habisan.. Sedih kot.. dah hampir 3tahun duduk bersama, dah macam adik beradik.. Sekarang terpaksa berpisah kerana disuruh berpindah atas arahan pihak Kolej.

Mula la rasa rimas duduk dalam bilik sendiri.. maka masa untuk kurangkan sedikit tekanan... Aktiviti yang dipilih adalah...
 
 
 
 
 
1. Tengok wayang...
 
 
 
 
2.Karaoke
 
 
 
 
 
 
ha... menyumbangkan suara memang sedap rasanya.. bantai 20 Lagu... perghhh... perit tekak.. tp seronok giler.. member pun happening sangat.. Love Asila, Falha dan Sidut.. Sporting giler... Lain kali kiter pergi lagi yer...
 
Lagu Wajib nyanyi.. Awie-penjara janji, To'ki-Hampa, Ziana Zain.. Harap pas nie lagu nasyid makin banyak kat karaoke nie.. bleh bantai nyanyi... hehe
 
 

Isnin, 2 Jun 2014

ThEsIs

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
 
#Proud
 
 
 
 
 
Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan keHadrat Ilahi, akhirnya setelah satu semester menghadapi susah senang nak siapkan thesis, akhirnya Berjaya juga ianya disiapkan dengan sempurna. Terasa hilang satu beban dibahu bila melihat thesis yang sudah dibukukan, bergenang air mata melihat thesis itu kerana penat lelah telah membuahkan hasil.
 
Terima kasih tak terhingga kepada ahli kumpulan yang sering membantu dan menyokong dalam apa jua keadaan. Maafkan aku sebab xdapat menjadi ketua kumpulan yang baik dan menjadi ahli yang baik dalam group Assigment. Maafkan aku juga sebab selalu pentingkan diri, tak pernah nak dengar pendapat korang, selalu rasa aku jer yang betul, Selalu bagi kerja last minute. Aku tahu aku banyak kekurangan... Aku tahu mesti korang serik nak satu kumpulan lagi dengan aku kan?? aku faham..... tak pe, aku doakan semoga korang terus sukses dalam pelajaran dan mendapat ahli baru yang lebih baik.
#notetosomeone