Salji

Sabtu, 19 Julai 2014

BeRita SedIH

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.



#Sedih
#Pray4MH370
#Pray4MH17




Baru-baru ni Malaysia digemparkan Lagi dengan berita sedih dan menyayat hati berkenaan Syarikat Pernerbangan Malaysia Airlines yang salah satu kapal terbangnya ditembak jatuh di Timur Ukrain sempadan Russia. Beberapa bulan yang lalu kehilangan MH370 telah menggemparkan dunia yang sehingga kini masih lagi tidak ditemui. Kini letupnya MH17 boeing 777 lagi sekali menggemparkan penduduk dunia. Masih tertnya kenapa?? mengapa?? bagaimana??



 Dari MH370 sehingga MH17, banyak spekulasi dikeluarkan.. terlalu banyak andaian.. Namun bagi aku, berdiam diri dan mendengar lebih baik dari memberitahu sesuatu yang belum pasti. Allah lebih mengetahui segalanya. Namun misteri MH370 masih belum terungkai. MH17 masih lagi disiasat. Semoga segalanya dipermudahkan dan pihak yang bertanggungjawab harus dibawa kepengadilan.



Masa ni mula la terlihat tunding menunding.. sedangkan ni semua perancangan dan ketentuan Allah. Mula nak salahkan pilot la.. Bagi aku pilot hanya ikut arahan dan dia menerima arahann kawasan itu selamat, namun apa yg jadi adalh sebaliknya.. Mungkin kalau Pilot tu tau apa akan jadi, pasti dia sendiri tidak akan melalui kawasan tersebut. Selain salahkan Pilot, ada juga yang menyalahkan DSN. aku bukan ingin berbicara politik , namun sebagai seorang manusia bagi aku DSN juga manusia. Beliau mempunyai satu otak sama seperti kita. Adakah dia ingin semua nie terjadi?? pastinya tidak. Maka xperlu lah nak tunding menunding.




Syarikat Malaysia Airlines juga dipersalahkan.. bagi aku benda nak jadi akan jadi juga kan.. nak mati masa tidur pun mati.. Namun aku berharap semua mayat mangsa dapat dibawa pulang dengan Selamat. Skurang-kurangnya mereka dapat disemadikan dengan sempurna. Alhamdulillah, perginya mereka di bulan mulia bulan Ramadhan. Namun hati keluarga dan sanak saudara pasti tidak keruan kerana tidak lama lagi Syawal bakal menjelma. Sebagai rakyat beri sokongan bukan caci maki atau komen-komen negative.



Aku sayang Negara aku Malaysia.. kami rakyat Malaysia semua bersaudara.. Tabahkan hatimu Keluarga mangsa.