Salji

Sabtu, 28 Februari 2015

Financial Management 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DAG....DIG....DUG...DAG...DIG....DUG.... Didalam dada.... lalalalalala...
okeyh... baca tajuk jer da cukup bagi hint modek nak cerita apa kan.. urmmmm... macam nie.. masa sibuk-sibuk kerja a.k.a praktikal.... dapat pengumuman Result semester 6 nak keluar tak lama lagi.... jantung da mcam berlari marathon... Risau apa yang ku jangka terjadi.. 

DAN AKHIRNYA...
"Seperti yang kujangka terjadi.. tewas sekali lagi.. menambahkan luka yang sudah ada"  okeyh.. perasaan bercampur baur bila tau FM2 REPEAT Lagi....untuk kali yang ke-4..... nak nangis tapi xder air mata, nak terjun tapi sayang nyawa, nak maki benda pun dah jadi... So aku kena ke UUM sintok Kedah untuk mengambil exam khas.. Maka Moh ler kiter behijrah... perjalanan ku bermula.... penemanku Elmi Suhana Abdullah Sani, kita sama-sama berjuang Elmi.





 




Ada hikmahNya kami diberikan peluang untuk repeat FM2 di kedah, Sekurang-kurangnya dapat juga kami menjejakkan kaki ke UUM sebelum konvo nanti.. Macam-macam pengalaman nak sampai ke UUM  nie, bertukar-tukar bas, nak kena tipu dan macam-macam lah.. Exam kami akan berlangsung keesokkan harinya, maka malam nie kami menginap di asrama UUM di DPP TNB.




di dewan ini kami exam, orang kedah panggil Dewan Mas. Agak berpeluh jugalah masa nak mencari dewan nie. Biasalah hari pertama. apa-apa pun moh kiter selfie tanda kenang-kenangan. Ya Allah permudahkanlah kami untuk menjawab kertas FM2. tanpa tips hanya bersandarkan Past Year question,  kami berharap kami dipermudahkan. Terima kasih untuk kata-kata semangat, doa dan sokongan mak ayah serta kawan-kawan.

  


Tak ketinggalan juga rakan sepejuangan yang lain yang sama-sama mengambil exam khas, Hassan, Faiz, Ruthra, Jane, Iman, dan rakan-rakan kolej serta rakan-rakan baru di UUM, semoga peperiksaan khas yang kita ambil ini merupakan kali terakhir. Amin.. Good Luck.. keputusan Exam akan keluar 2 Minggu dari sekarang... Chaiyookk... Chaiyoookk..









Sabtu, 7 Februari 2015

Praktikal di Flextronics

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah  2 Minggu berehat dari belajar.. dah tak payah bangun pagi nak ke kelas.. nak buat assigment.. kini berakhir segala cuti rehat. Maka perjuangan harus diteruskan untuk mendapatkan segulung ijazah. pelajar harus lulus praktikum untuk konvo, maka tempat praktikal pilihanku adalah Flextronics Shah Alam Sdn Bhd yang terletak di pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah Johor. 

Tempat praktikal ni jauh dari rumah, maka terpaksa menetap di Asrama yang disediakan percuma untuk pelajar praktikal di PTP. Maka, bermulalah kisah aku dia dan mereka. Aku bergerak ke sana 2 Hari lebih awal untuk pendaftaran Asrama. Maka ke asrama la kita.. 

                          

                                     

Eh...eh.... sape tu?? macam kenal jer?? motif xkenal.. tulah dak kolej yang sentiasa ada dengan aku.. dan kini kami praktikal ditempat yang sama walaupun berlainan department.. Norasila (Training&Development) Siti Falha binti Mazlan (Finance Department) dan aku Kemah (Program Department).

Maka setelah kak long melawat kawasan, pada hari isnin bermulalah kami bekerja di Flextronic sebagai praktikal student.. elaun diberikan RM400.. tempoh masa 4 bulan.. 2 Feb 2015- 31 May 2015.




ok. Masuk-masuk xterus kerja, kami diberikan induksi dahulu untuk mengetahui berkaitan kilang, keselamatan pekerja, hak-hak pekerja dan induksi ini berlangsung selama 2 Hari. Maka selama 2 Hari nie aku berkenalan dengan rakan-rakan baru yang sama-sama menjalani praktikal.










Ramai kawan tinggi keyakinan bertambah semangat praktikal. hehehe.. ok maka setelah habis induksi 2 Hari ni. Maka, kami dipisahkan untuk ke Department masing-masing. Aku ke Program Department,. Jom terjah: 



  

Permudahkanlah Ya Allah dalam aku menempuh segala dugaan sepanjang praktikal dan permudahkan jua buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan kolej ku yang lainnya. Amin..