Salji

Khamis, 3 November 2016

kerja itu pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila dah dewasa nie masing-masing mesti ada pengalaman dalam bekerja, tak kira la kerja partime ke fulltime ke. Pengalaman nie yang selalu menjadikan kita lebih mahir akan sesuatu. Walaupun modek dulu ambil Business Administration tapi sape sangka rezeki modek dapat kerja sebagai kerani Safety department. Memang lari bidang, tapi tak salah mencuba demi raih pengalaman.

Okeyh, bila kata modek kerja kerani je mula la ada yang pertikaikan, "ada ijazah kerja kerani" .. Ermmmm... kerja ini bergantung pada rezeki juga, kalau ini yang Allah da rancang untuk Modek, modek terima. InshaAllah doa-doakan la modek berjaya dapat kerja yang setaraf dengan kelulusan modek. Modek tak pernah berhenti berusaha cari kerja.

Apa pun, ini pengalaman pertama modek kerja syarikat kontena yang terletak di Tanjung Pelepas. Sebelum ni pernah kerja Hotel dan Kilang Elektronik, hal ini terlalu baru untuk modek. Dah genap 6 bulan modek kerja sini dan Alhamdulillah da jadi pekerja tetap walaupun prestasi kerja tak power mana.

Doakan modek ye kawan-kawan. terima kasih sudi membaca. 






Ahad, 30 Oktober 2016

Kenduri Kesyukuran

Assalamualaikum dan salam sejahtera

First sekali bila buat kenduri, mesti ada yang tanya, kenduri apa? kau da nak tunang ke modek? hehehehe.. modek hanya mampu amin kan semua harapan kalian. Doa-doakan lah modek ditemukan dengan pemilik rusuk ku ini. hahahahaha (ayat minta penampar)

Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar, tak sangka impian mak dan ayah nak buat majlis yang sederhana nie menjadi dengan sambutan hangat dari saudara mara jauh dan semua kawan-kawan baru dan lama yang turut memeriahkan majlis. Tak kurang juga ada yang bawa family bersama untuk merapatkan lagi Ukhwah yang terjalin antara kita. Harap maaf jika ada yang terkurang. Terima kasih semua sebab memeriahkan majlis, tanpa para tetamu sudah semestinya majlis akan menjadi suram. 

Kadang-kadang melalui majlis sebegini jugalah dapat kita menilai "pentingkah kita bagi mereka". Orang yang menganggap kita penting pasti dapat meluangkan masa walaupun sedikit bagi menghargai sebuah persahabatan dan persaudaraan. Kepada yang tidak dapat hadir, modek tidak berkecil hati, modek faham kalian pasti ada hal yang tidak dapat dielak dan semoga segalanya yang kamu lakukan juga berjalan lancar.













Jumaat, 28 Oktober 2016

lovelly Watiey

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

"Selamat Hari Ulangtahun kelahiran yang ke 24" Tomato saya.

Nama dia Nur' Awatif binti Suradi. Selamat Dilahirkan kedunia tepat 28 Oktober 1992. Perkenalan kami bermula disini (PTIS). Ye, budak korea nie da tua harini. Ye, yang paling tak best bila aku tak dapat nak tgok dia sebab aku cuti. Ye, dia plak tak dapat datang kenduri aku sebab dia nak g KL. Ye, dia nak menyambut Deepavali. hahahahahaha



To dear Awatif,
Happy birthday to u,
happy birthday to u,
happy birthday tomato cinca
happy birthday to u.

Nak nyanyi versi korea tak reti la.

My officemate.
My adik. 
My tomato.
Cinca dgn watiey still tetap orang yang sama. 
1 Love you to the moon and back.









WATIEY DA TUA




Ahad, 16 Oktober 2016

Tanjung Leman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Officemate wat rancangan nak pergi bercuti satu department. EMR department tibe-tibe terselit sorang pekerja baru, Modek Dari department HSSE tetibe terjoin pulak. Mesti ramai pelik kenapalah budak safety nie ada je kat mana-mana.

enjoy our holiday. No PTIS here. hahahaha















Sabtu, 24 September 2016

Moh ke perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Moh kiter ke perak... Ate nyerrr kawan teman nie keta dia rosak kat perak, maka awok teman lerr dia ke perak amek kete. First time naik ETS nie, laju juga sampainyer.... ate entah betol ke idok teman cakap perok nie. Maafkan la yer kalo salah. hehehe teman cube... moh ler kite jelajah perak.

balik dari perok maka eden singgah nogori sembilan, masok soromban. eden rindu kat kolej, maka memusing ler pergi ke City Park. Tapi hanya nampak kenangan je disana. Kerana segala isinya telah tiada, maka kenangan biarlah terus terpahat dijiwa dan ingatan. Miss u all Alpharian's.







Sabtu, 13 Ogos 2016

Officemate

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila takde kerja nie la kerja kami, Selfie... Nampaknya da 4 bulan kerja, nie jela kawan rapat Modek kat sini, bukan senang nak faham orang seperti itu juga orang akan susah nak faham kita. Maka kena ikut rentak masing-masing. Sorang nie peminat movie korea, nak wat camne, Modek kena la study sikit tentang korea kan. Especially belajar perkara basic dalam percakapan sebab minah ni pro gile cakap korea. @lovellywatiey


yes tak dinafikan Watiey memang paling cantik, paling lembut but dalam kelembutan tu sebenarnya dia paling garang. Selalu nampak happy dan selalu pendam semua masalah dia sorang-sorang. Anyway yang paling best tentang dia ialah dia lahir 28 Oktober, no wonder modek bleh ikut rentak dia sebab kami ada persamaan. Baby okto and Baby Scorpio.

Wehh.. dok cite pasal watiey je da panjang lebar, ok seterusnya tentang budak penang, Teha namanya, bakal berkahwin bulan depan. Yes, loghat dia masih pekat sebab Penang Asli dan dia ada sikap keibuan yang tinggi sebab kuat bebel. no wonder dia nampak lebih matang. Seterusnya pulak Nurul, nampak paling kecik, tapi isteri orang tu, dia ambil PJJ Uitm, Modek  respect gile kat dia sebab dia bleh fokus kerja dan study dalam masa yang sama.

Modek dan mereka tak sama department, jarang jumpa dan dapat lepak sama sebab mereka berada di depatment yang sangat busy dan urgent. maka bila ada masa terluang Modek akan kacau mereka. so doakan la Modek dapat bertahan kerja kat sini dengan keadaan yang macam-macam karenah manusia







Sabtu, 23 Julai 2016

Office Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 


Office semangat nak beraya, maka on balik mood raya yang da mula terpadam nie, puasa belum tentu cukup sebulan tapi raya lebih sebulan. hehe

Maka, 3 kali office sambut raya, first kat tingkat satu kedua kat tingkat dua dan ketiga beraya kat luar office "Ledang Height" Baru 3 bulan kerja, baru dapat merasa meriahnya office nie, biasanya semua serius je.








 


Ahad, 17 Julai 2016

Yulie Kawen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Mama Dorm Kawennnn

Tahniah Yuliindra Helmi dan Pasangan Yusdarso Abdul Rahim. Wahhh,,, Percintaan selama 9 tahun akhirnya ke jinjang pelamin, Happy untuk ko yul, walaupun kite satu zodiak, dan ko adik, tapi Jodoh ko sampai dulu, aku jangan ditanya, kalau bukan jodoh dengan manusia, mungkin jodoh dengan ajal. Mana yang datang dulu pun tak tau la.

Anyway, Mama Dorm selamat pengantin baru. Smoga cepat dapat junior and kekal bahagia hingga Jannah. Love u Yuliiiiiiii

So dalam dorm ada 16 orang, dan yulie orang ketiga kawen selepas Rasida dan Asila, maka yang lain, pasti akan jejak langkah seterusnya. Smoga semua ahli dorm dipermudahkan ye urusan untuk ke alam perkahwinan sebab cik hikmah tak sabar nak tgok junior 130/2 . hehe

Alhamdulillah, alang-alang yulie kawen, dapat reunion dengan geng Alpha Johor.