Salji

Selasa, 11 Disember 2018

Ciksue & Cikmah

assalamualaikum

once upon a time... ha mukadimah je da english, tapi tak dapat nak meneruskan sebab da lama xmakan keju, jadi lidah da kelu nk cakap omputeh. Modek mencatatkan nukilan nie tepat 2minggu selepas keluar dari hospital. tangan baru okey nak menaip, hehehe.. sebenarnya nukilan ni untuk si dia yang da bersusah payah jaga modek kat hospital. Nama dia dalam kad pengenalan Suhaila binti Hashim tapi modek panggil dia ciksue dan nama dia dirumah pulak Ella...

Modek masuk hospital selama 4malam (21nov-25nov), lakukan pembedahan kecil untuk membuang ketulan yang membengkak di bawah lengan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan modek semakin pulih dari kesakitan. masih dalam mood cuti lagi, doktor bagi cuti panjang. hehehe... rindu nak pergi kerja sebenanrnya, tapi xrindu kerja, rindukan suasana dan kawan-kawan kat sana je. Especially rindu my partner "ciksue"

modek pernah terfikir satu masa dulu, time sakit nanti ada ke kawan yang saggup jaga modek. Akhirnya soalan itu terjawab dan Allah kurniakan dia sebagai sahabat yang jaga modek dan modek sangat-sangat bersyukur ada dia disaat getir. terima kasih ciksue sebab ada disaat saya memerlukan. Disaat saya sangat-sangat down, awak genggam tangan saya. Ayat yang saya takan pernah lupa, awak cakap awak buat nie atas dasar saya sahabat awak dan awak tak nak saya dan mak ayah terhutang budi langsung pada awak. awak ikhlas jaga saya sebab awak sayangkan saya. Dan sekarang ikhlas dari hati saya, saya sangat-sangat sayangkan awak ciksue. #smileso #sisterbyheart