Salji

Sabtu, 2 November 2013

Akan MenjaDi KenAngAn


Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,
 
kenangan dalam kehidupan adalah sesuatu yang terindah dan mungkin juga terpahit. namun bagi aku, setiap kenangan yang pahit juga mampu menjadi kenangan yang terindah jika kita menghargai detik-detik kita bersama insan tersayang.
 
harini aku ingin menceritakan tentang sesebuah perkara yang akan menjadi kenangan tidak lama lagi.. kini aku disemester 4 dan lagi 2 semester aku akan menamatkan pengajian dan semua detik aku bersama mereka hanya akan menjadi sebuah kenangan yang terindah.
 
aku mula bersama mereka sejak Disember 2011 dan kini sudahpun November 2013, maknanya lagi sebulan kami akan menyambut ulangtahun ke 2 bersama. kami hidup bersama dengan perasaan kasih sayang dan kami belajar untuk saling memahami antara satu sama lain supaya tidak berlaku konflik.. namun kadang-kala berlaku juga perkara yang tidak diinginkan namun ia hanya salah faham biasa... kami mungkin berbeza latar belakang, berbeza budaya dan cara hidup dan kami juga berbeza negeri.. namun akibat penyatuan kami dikawasan yang sama,, kami menjadi satu rumpun yang damai. hidup bersama mengajar kami memahami perbezaan ini.


inilah kami... 16beradik..


mungkin masih sempat untuk aku menyatakan sesuatu... aku teramat sangat menyayangi mereka.. mungkin aku bukan kawan yang terbaik, bukan kawan yang sempurna namun bila berkawan dengan mereka membuat aku tidak merasa kekurangan disebalik ketidaksempurnaan.
 
 walaupun mungkin nanti kita telah tamat pengajian dan akan membawa haluan masing-masing.. aku harap kita tidak pernah terputus hubungan. doaku "semoga ukhwah kita kekal selamanya"
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan