Salji

Ahad, 26 Januari 2014

FaKtA Ke AutA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

harini nak bercakap tentang Fakta yang ada kena mengena dengan Hikmah... hmm, Copy Paste jer... Fakta nie berkaitan dengan bulan kelahiran, tanggal lahir dan macam-macam lagi.. moh ler kiter..

1. Fakta kelahiran bulan Oktober

#SUKA SEMBANG
# SUKA ORG YG SAYANG PADANYA
# SUKA AMBIL JLN TENGAH
# SANGAT MENAWAN & SOPAN SANTUN
# KECANTIKAN LUAR & DALAM
# TIDAK PANDAI BERBOHONG & BERPURA-PURA
# MUDAH RASA SIMPATI,BAIK PENTINGKAN KAWAN
# SENTIASA BERKAWAN
# HATINYA MUDAH TERUSIK TETAPI MERAJUKNYA TAK LAMA
# CEPAT MARAH
# MACAM PENTINGKAN DIRI SENDIRI
# TIDAK MENOLONG ORG KECUALI DIMINTA
# SUKA MELIHAT DARI PERSPEKTIFNYA SENDIRI
# TIDAK SUKA TERIMA PANDANGAN ORG LAIN
# EMOSI YG MUDAH TERUSIK
# SUKA BERANGAN & PANDAI BERCAKAP
# eMOSI YG KELAM KABUT
# DAYA FIRASAT YG SANGAT KUAT (TERUTAMANYA PEREMPUAN)
# SUKA MELANCONG,BIDANG SASTERA & SENI
# PENGASIH ,PENYAYANG & LEMAH LEMBUT
# ROMANTIK DLM PERCINTAAN
# MUDAH TERUSIK HATI & CEMBURU
# AMBIL BERAT TENTANG ORG LAIN
# SUKA KEGIATAN LUAR
# ORG YG ADIL
# BOROS & MUDAH DIPENGARUHI PERSEKITARAN
# MUDAH PATAH SEMANGAT


ha.. ni kajian dari Dato Dr Fadzilah Kamsah.. rasanya ada betulnya sebab macam ada kat aq jer semua nie..

2. Fakta mengenai turutan dalam keluarga....

aq anak ke-enam.. maka aku merupakan Unsur 'AIR' yang berpewatakan:

# imaginatif
# suka memaksa
# kepala angin
# Perahsia
# Pemalas
# mudah terluka
# positif
# memahami
# tidak tamak
# mudah terluka
# lemah pada teguran
# peramah
# jiwa seni

3.Fakta mengenai warna kegemaran

Hitam- Serius, tinggi iltizam dan bersungguh-sungguh

4. Fakta berdasarkan Hari Lahir..

Hari Jumaat: Disukai orang ramai, Suka menolong, Suka memberi nasihat dan suka ilmu pengetahuan.

5. Fakta berdasarkan Tarikh lahir (25)

# watak yg susah difahami
# kadang disukai kerana perwatakannya dan dibenci atas perbuatannya
#  bagi teman-teman, dia mempunyai banyak pengertian
# merendah diri dan xmenonjolkan kelebihan
# mempunyai jolokan nama-seniman asmara
# kuat imiginasi
# suka ketenangan

6. Fakta berdasarkan jenis darah (A)

# Serius
# sabar
# Tegas
# keras kepala
# suka menyendiri
# bersungguh-sungguh
# gugup

6 Fakta berkaitan sesuatu yang ada kena mengena dengan aku... hmm, kebanyakkan nyer ada yg betol tapi ada sikit yg xbetul.. hehe... member2 jer la yg dapat menilai sape kiter sebenarnya.



Khamis, 23 Januari 2014

JiWa KaCau

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Mood bercerita datang lagi... harini aku nak cerita pasal masalah... MASALAH... sape yang xpernah ada masalah?? masalah yang datang juga merupakan satu dugaan daripada Allah dan yang pasti Allah tahu masalah yang diberikan kepada kita adalah sesuatu yang kita boleh tempuhi...

Aku seorang yang ceria.. boleh dikatakan perangai gila-gila... tapi agak-agak kalau aku ada masalah aku mampu ke untuk ceria... hmm, kadang-kadang aku cuba positifkan diri untuk menghadapi masalah secara terbuka, namun jika masalah itu xdapat aku tampung... jalan yang aku selalu buat adalah menangis.. aku akan menangis sepuas hati dan beri semangat kepada diri sendiri...

Bila kita seorang yang banyak cakap, lagi-lagi yang aktif bercakap macam aku nie... bila ada masalah jer aku mesti terdiam... aku akan jadi pendiam... Kerana Diam boleh membuatkan aku berfikir sejenak cara menyelesaikan masalah... dan melalui cara Diam jugalah aku akan muhasabah diri aku yang terlalu banyak membuat kesilapan dan aku akan cuba perbaiki.

" Kebahagiaan adalah bukan memiliki sesuatu yang kita inginkan tetapi Kebahagiaan adalah bila kita menghargai apa yang kita miliki ". 
bagi aku xsemua apa yang kita mahukan kita akan dapat, kerana Allah memberi sesuatu yang kita perlukan dan bukannya sesuatu yang kita inginkan...

" Kita sanggup melihat orang yang kita sayang bahagia walaupun bukan dengan kita".. 
tapi mampukah aku tersenyum dihadapannya disaat dia bahagia dengan orang lain?? Adakah air mata ini tidak akan mengalir?? Berkorban demi melihat kebahagiaan orang yang kita sayang memang sesuatu yang baik, namun untuk mengikhlaskan diri menerima segalanya pasti memeritkan...

Ya Allah... aku ingin menjadi sebahagian dari hidupnya... Namun aku tahu ada insan lain yang lebih memerlukannya... Aku rela untuk mengalah demi kebahagiannya... Aku tidak mahu menjadi penghalang dalam perhubungan orang lain... Biarlah aku menjadi seorang sahabat yang menyayanginya dari jauh... Aku tidak mahu ada pihak yang terluka jika aku terus berhubungan dengannya....

Rabu, 22 Januari 2014

ThE OnLy OnE

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Hari ini 23 Januari 2014, ini bermakna lagi sebulan aku dan dia akan menyambut ulang tahun persahabatan yang ke-10 pada 23 Februari 2014. 

Hmm, xsangka masa pantas berlalu, sekejap sahaja dan rasanya seperti baru semalam belajar mengenali dia.Sepanjang persahabatan nie banyak dihiasi dengan suka duka kehidupan kerana tidak semua sikap aku dan sikap dia yang boleh diterima.

kami seperti belangkas yang agak susah untuk dipisahkan.. namun sekarang sejak persahabatan nie da makin lama, masing-masing mula berasa bosan dan benci.. maka kami cuba menjarakkan hubungan kami namun masih bersama. 

Aku bukan menganggap dia seperti sahabatku namun aku lebih menganggap dia seperti ibu, kakak dan adik.. dia akan membebel kat aku seperti ibu, dia akan menjadi seorang kakak yang suka buli adiknya dan dia menjadi seorang adik yang sangat manja. 

Masih banyak benda yang aku masih xboleh faham tentang diri dia. Namun apa yang aku tahu adalah aku akan cuba belajar lagi untuk mengenali sikap dia yang berubah-ubah mengikut pesekitaran. 

Dedikasi ini untukmu sahabatku.. Norasila Binti Haron..
Aku bukan sahabat yang baik seperti yang kau idamkan.. Aku bukan sahabat yang baik yang disukai kedua ibu bapa mu... namun Aku berusaha menjadi sebaik mungkin untuk menjaga mu dan menjaga pershabatan ini selamanya. Walaupun mungkin banyak dugaan dan rintangan, aku berharap kau setia menjadi Sahabat ku sehingga hembusan nafas yang terakhir. 

Semoga persahabatan yang kita bina selama 10tahun nie diredhai Allah dan berkekalan hendaknya.. Amin,,


lastly, Terima Kasih kerana sudi menerima insan yang xsempurna ini untuk menjadi sahabatmu...

TemPat KenaNgaN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setiap manusia pasti mempunyai kenangan dan sejarah silam.. begitu juga aku dimana aku sentiasa merindui kenangan zaman kanak-kanak ku sehingga aku membesar meningkat dewasa. Zaman persekolahan pasti membawa 1001 kenangan kepada semua.. Harini aku ingin menceritakan tentang sekolah-sekolah lama ku yang kini telah menjadi kenangan.

1. Tahun 1996-1997

    Pertapis Kindergarden, Singapura... kat sini la aku memulakan pendidikan aku... zaman kanak-kanak penuh warna warni di zaman tadika...





2. Tahun 1998-2003

   Sekolah Kebangsaan Majidi Baru, JB. bermulanya tercipta pelbagai kenangan dari darjah 1-6... meniti hari kanak-kanak dengan kenakalan dan telatah yang kalau aku teringat macam nak amek bantal tutup kat muka sambil ketawa...."malu"


3. Tahun 2004-2006

   Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, JB. meniti persekolahan dizaman remaja.. masih lagi xserius untuk belajar kerana masih seronok bermain dan mula terpengaruh dengan kawan-kawan.. Apa kawan buat semua nak ikut... sebabkan main-mainlah PMR dapat result teruk...huhuhuu




4. Tahun 2007-2008

   Sekolah Menengah Tun Syed Nasir Ismail, JB.  meniti alam remaja dengan penuh semangat sebab dah nak tamatkan zaman persekolahan... Masih lagi main-main dan still xnampak arah tuju lepas SPM. Misi aku masa nie nak cepat-cepat habis skola pastu nak masuk tingkatan 6. hahahahah....


5. Tahun 2009-2010
    Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaffar.. hmm, akhirnya dapat masuk form 6.. walaupun orang kata masuk form 6 xder masa depan la, sijil xlaku la... tapi aku xnampak pun  yang apa mereka kata tu betul.... yang penting study.... time form 6 nie baru aku serius sikit belajar... cita-cita nak masuk universiti sambung ijazah....




6. Tahun 2012- 2014

   Kolej Teknolgi Alpha dengan kerjasaama Universiti Utara Malaysia (ALPHA_UUM). hmm, akhirnya.... aku dapat sambung belajar walaupun bukan kat universiti.... semoga dipermudahkan sepanjang pendidikan aku di sini.... amin....









Selasa, 21 Januari 2014

NoVeL KeSukAAn Ku....

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Novel.... ada sesetengah orang suka baca novel dan ada yang tidak suka langsung dan ada juga yang baca bila bosan... bermacam jenis novel terdapat dipasaran, novel cinta, novel misteri dan sebagainya.. namun aku suka jenis novel yang misteri dan menyeramkan....

Novel kegemaran aku adalah berciri-cirikan mistik dan thriller... Penulis Novel yang aku kagumi adalah Ramlee Awang Murshid... karya beliau memang terbaik... kena dengan jiwa pembaca seperti aku...

Novel karya beliau yang aku ikuti tidak semua namun ada koleksi seperti...

1. Ungu Karmila

citer nie memang best... misteri kematian didalam sebuah Villa yang bernama Ungu Karmila..


2. 9 Nyawa


"mata hati xpernah berdusta" hmm, novel ala2 percintaan namun meungkai sejarah kekeluargaan.

3. Rayan Fantasi


makhluk luar bumi yang punyai kuasa luar biasa... citer nie agak banyak guna imaginasi.

4. Aku bercerita


novel yang best kerana didalam satu novel ada banyak cerita... cerita yang berlainan namun membawa satu maksud yang sama dimana merungkai misteri.... 

5. Fiksyen 302


" jangan percaya" huhu.... dendam membawa kepada pembunuhan.... membaca membuatkan jantung berdebar-debar... ZONAN


buat masa nie aku baru ada 5 jer.. Insya-Allah ada rezeki aku akan tambah koleksi lagi dan teruskan membaca dan menyokong karya Ramlee Awang Murshid....
novel seterusnya yang akan aku beli adalah....




selamat tinggal semester 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

salam 2014...
walaupun mungkin agak terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru sedangkan sudah hampir kepenghujung bulan 1 xlama lagi. 

sedar xsedar... dah 2tahun lebih aku jadi anak perantau berada di negeri orang.. Negeri Sembilan... tinggal lagi setahun untuk aku berada di sini.... namun kenapa aku xsegembira kawan-kawan aku yang lain... mereka kata 'bestnya dah nak habis belajar.... boleh duduk kat umah dengan mak ayah'.. aku akui aku pun merasakan sama seperti mereka rasa,, namun......

satu rasa membelenggu diri aku.... aku tahu setelah tinggalkan semua nie,,, kiter semua akan terpisah... dan hanya kenangan sahaja akan dibawa bersama... aku xpernah rasa aku ada adik beradik,, walaupun aku ada 11orang adikberadik kandung tapi diorang xfaham aku macam mana mereka  faham aku... aku sayang mereka sangat-sangat..






dalam tahun 2014 nie juga aku sedar dimana diantara ramainya rakan-rakan yang ku anggap seperti keluarga ku sendiri ini, terselit 2 insan yang aku rasa aku selesa dengannya, dan aku akui aku terlalu menyayangi mereka berdua.... insan tersebut adalah....


mungkin bagi mereka aku modek yang tersangat la poyo... tapi aku tetap akan cakap yang aku sayang sangat kat korang berdua... setelah 2 tahun kiter bersama didalam satu bilik, bersama siang dan malam di tempat orang nie,,, aku sedar yang susah nak mendapat kawan sebaik korang..... aku dan asila sangat selesa berkawan dengan korang...


yulie... walaupun aku dan kau satu zodiak.. kita ada persamaan dan sedikit perbezaan.. tapi seriusly aku selesa berkawan dengan kau... kau lah tempat nak bergaduh setiap pagi.. kau lah tempat nak curhat... kau juga la tempat aku minta tunjuk ajar... aku dan asila sayang sangat kat kau.... hidup Johor


falha.... walaupun pada awalnya kiter tidak serasi, namun apabila kiter cuba berkawan, baru aku sedar yang aku dan asila sayang sangat kat kau... kau zodiak sila, ada persamaan dan perbezaan,, tapi kiteorang selesa kawan dengan kau sbb kau jujur dan yang penting kiter johor...


aku harap persahabatan antara 16 insan didalam dorm 130/2 xkan pernah terpisah dan persahabatan antara aku asila dengan falha dan yulie akan berkekalan hendaknya...amin....