Salji

Rabu, 22 Januari 2014

ThE OnLy OnE

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Hari ini 23 Januari 2014, ini bermakna lagi sebulan aku dan dia akan menyambut ulang tahun persahabatan yang ke-10 pada 23 Februari 2014. 

Hmm, xsangka masa pantas berlalu, sekejap sahaja dan rasanya seperti baru semalam belajar mengenali dia.Sepanjang persahabatan nie banyak dihiasi dengan suka duka kehidupan kerana tidak semua sikap aku dan sikap dia yang boleh diterima.

kami seperti belangkas yang agak susah untuk dipisahkan.. namun sekarang sejak persahabatan nie da makin lama, masing-masing mula berasa bosan dan benci.. maka kami cuba menjarakkan hubungan kami namun masih bersama. 

Aku bukan menganggap dia seperti sahabatku namun aku lebih menganggap dia seperti ibu, kakak dan adik.. dia akan membebel kat aku seperti ibu, dia akan menjadi seorang kakak yang suka buli adiknya dan dia menjadi seorang adik yang sangat manja. 

Masih banyak benda yang aku masih xboleh faham tentang diri dia. Namun apa yang aku tahu adalah aku akan cuba belajar lagi untuk mengenali sikap dia yang berubah-ubah mengikut pesekitaran. 

Dedikasi ini untukmu sahabatku.. Norasila Binti Haron..
Aku bukan sahabat yang baik seperti yang kau idamkan.. Aku bukan sahabat yang baik yang disukai kedua ibu bapa mu... namun Aku berusaha menjadi sebaik mungkin untuk menjaga mu dan menjaga pershabatan ini selamanya. Walaupun mungkin banyak dugaan dan rintangan, aku berharap kau setia menjadi Sahabat ku sehingga hembusan nafas yang terakhir. 

Semoga persahabatan yang kita bina selama 10tahun nie diredhai Allah dan berkekalan hendaknya.. Amin,,


lastly, Terima Kasih kerana sudi menerima insan yang xsempurna ini untuk menjadi sahabatmu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan