Salji

Isnin, 17 Februari 2014

SeMesTer 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Harini merupakan hari pertama aku memulakan kembali pelajaran di semester 5 setelah hampir sebulan aku bercuti. Alhamdulillah, hari pertama dirasakan seronok sebab xterlalu banyak kelas. Semester nie aku mengalami masalah kerana aku gagal satu subjek iaitu Financial Management 2 dan aku harus repeat subjek itu pada semester ini.
 
Semoga segalanya berjalan lancar.Amin... Disini aku ingin mengongsikan gambar ragam kami bergelar pelajar semester 5dihari pertama.
 
 
 
 
 
 
 
 
Doakan kami supaya dapat menempuhi kehidupan sebagai pelajar di semester 5 ini dan ditahu akhir ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala, Amin.. Good Luck korang...
 

Sabtu, 8 Februari 2014

TeriNGAtkAn Mu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Masa tengah skodeng gambar lama-lama kat laptop terjumpa la pulak gambar nie. Tiba-tiba hati jadi sayu, rindunya kat diorang. Setelah Sebulan cuti nie rasa macam lama jer xjumpa mereka.  Nie antara member aku yang aku rapat dan selesa masa dekat Dorm. Yulie dan mira. 

Cerita tentang Cuti semester nie macam sekejap jer rasanya, diam xdiam dah dekat sebulan duduk kat umah. Aku balik JB haritu dalam 14januari 2014, dan skang dah nak balik seremban pada 15 Februari 2014. Macam kejap pulak rasa cuti kali nie.. xpuas lagi lepaskan rindu pada mak dan ayah. 

Sebut pasal cuti sem nie,, ini lah aktiviti aku sepanjang cuti sem.. 


1. Jalan-jalan dengan Sahabat

 \

nie lah aktiviti waktu cuti.. berjalan-jalan.. tempat yang selalu pergi mestilah Giant Southercity, Taman Suria. 5minit perjalanan dari rumah aku. hehe.. Dah jalan mesti kena g makan.. hehe,, Marrybrown tunggu dah tu,, Sepanjang cuti nie skali jer kiteorang jalan kat City Square sbb dah lama aq janji nak bawa dia, so aku belanja la dia KFC.


2. Jalan-jalan dengan emak


 jalan dengan mak kalau xpergi Giant, mesti pergi Pasar Larkin. hehe,, kalau g Giant, Mak aku mesti cakap "teringinlah makan Marrybrown" hehe.. Jom lah mak..

3. Jalan-jalan dengan Ayah

 






kalau Jalan dengan ayah baru best,, hehe.. dapat makan free,, Kalau jalan dengan ayah, xmelepak xsah.. ngeteh berejam-jam kat warung kopi.. Tapi paling best Cuti sem kali nie, Ayah selalu ajak g tgk Perlawanan bola kat luar. Rumah xada Astro.

Hmm, xlama lagi nak balik dah. mesti aku rindu kat ayah dan emak. Hmm, Semoga mereka sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Amin..




Isnin, 3 Februari 2014

ZaMan KoleJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cerita tentang zaman kolej, terutama sekali saat baru-baru di Kolej. Aq belajar di Kolej Teknologi Alpha dengan Kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM). Ramai orang cakap, belajar kat kolej jer?? tapi sebenarnya belajar kat mana-mana pun boleh, yang penting Belajar... nie Kolej Teknologi Alpha.



hmm, masa baru-baru sampai Kolej ni, memang terkejut lah.. sbb sape sangka Kolej nie macam nie.. tapi alang-alang da sampai, teruskan jelah.. Walaupun kurang Fasiliti untuk pelajar, tapi Kolej ni dikira sesuai untuk belajar. aku masuk masa semester 2 sesi 2012/2013.. Kolej nie ada sediakan Intensif Bahasa Inggeris untuk semua pelajarnya supaya mudah pelajar memahami Bahasa Inggeris. Dr Hamzaid adalah pengasasnya, dan kami dibekalkan dengan bantuan kewangan sebanyak Rm250 sebulan sepanjang tempoh pembelajaran sehingga mendapat pinjaman.

Kolej lain mana ada kemudahan macam nie.. dan itu juga lah salah satu sebab kenapa aku masuk belajar kat Kolej nie.. Keluarga aku bukan lah orang yang kaya untuk daftarkan aku kat Kolej yang power-power disebabkan aku yang xperlih untuk memasuki Universiti Tempatan IPTA.

nie gambar masa aku Intensif Bahasa Inggeris..


 nie masa aku semester 1...




masa aku semester 2..



masa aku semester 3



masa aku semester 4



mengharapkan semoga semestern 5&6 di Kolej Teknologi Alpha akan menjadi semakin lancar kerana semakin lama semuanya semakin mencabar.. Jauh dari ibu bapa tidak menjadi halangasn selagi aku masih ada kawan-kawan yg sudah ku anggap seperti keluarga ku sendiri..




ZaMaN SekolAh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tiba-tiba macam teringat zaman skola.. terutama skali zaman skola menengah, Kenapa tiba-tiba teringat yer.. sbb baru-baru nie rama rakan sekelas yang bertunang dan berkahwin... hmm,, rasa macam cepat masa berlalu, zaman persekolahan dah lama ditinggalkan dan hanya menjadi sejarah..

hurmmm.. tiba-tiba rindu zaman skola, rindu nak pakai baju skola, kasut skola.. tapi xada maknanyer... masa Zaman skola merungut bila pakai pakaian seragam.. skang nak rindu-rindu pulak.. 


nie gambar aku masa aku tingkatan 3, masa nie mmg time nakal sangat, malas belajar dan suka main-main.. hehe...



hmm, nie time aq form 6.. dah xnakal sangat.. sbb aq skelas dgn dak2 bleh tahan bijak-bijak.. jadi serius sikit nak belajar.. huhuhu... 

kenangan akan tetap menjadi kenangan.. zaman muda remaja dah berlalu.. skang dah dewasa bila terkenang mesti ketawa... hmm, rindu kawan-kawan lama.. semoga semua nie kekal dalam ingatan aku supaya aku xpernah lupakan mereka..




JasA mU Ku KenAnG

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

" Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama".. Apa kaitan pepatah nie dengan tajuk. Aku rasa aku banyak menyusahkan orang... lagi-lagi member aku... So cerita ini aku dedikasikan kepada mereka yang comel nie... 



Bulan 8 tahun 2013, Doktor sahkan aku mengalami 'skoliosis' atau sakit tulang punggug bengkok.. sejak tu aku dah mula putus asa utk teruskan pelajaran aku.. aku rasa aku dah xmampu nak ke kolej sebab aku xboleh berjalan, xboleh duduk. hmm,, tapi member2 banyak bagi kekuatan dan akhirnya aku masuk ke kolej memulakan semester 4. 

kesukaran melanda dalam mengharungi semester 4, aku susah nak bangun, nak uruskan diri, nak ke kelas.. menyebabkan pada semester 4 aku terlalu banyak tertinggal pelajaran dari pensyarah disebabkan aku tidak ke kelas, namun aku bersyukur sbb dapat pensyarah yang memahami keadaan aku hinggakan aku yang kerap tidak datang kelas tidak dihalang untuk mengambil peperiksaan akhir.

Disini, aku dedikasikan kepada warga dorm ku yang sudah ku anggap seperti adik beradikku sndiri.. 

" korang, terima kasih sbb selalu bantu hikmah disaat hikmah sakit, terima kash sbb menjaga hikmah, terima kasih sbb sentiasa beri semangat kepada hikmah utk teruskan pelajaran dan terima kasih sbb masih sudi berkawan dengan hikmah walaupun keadaan hikmah tidak seperti dulu lagi"

Alhamdulillah, setelah berubat aku mula sembuh namun masih xkuat lagi kerana kadang kala masih terasa kesakitan pada pinggang aku.. tapi aku sangat bersyukur, disaat kesakitan ini aku dapat melihat siapa kawan yang sebenarnya. terima kasih sahabat..semoga ukhwah kita kekal selamanya..