Assalamualaikum dan salam sejahtera...
" Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama".. Apa kaitan pepatah nie dengan tajuk. Aku rasa aku banyak menyusahkan orang... lagi-lagi member aku... So cerita ini aku dedikasikan kepada mereka yang comel nie...
Bulan 8 tahun 2013, Doktor sahkan aku mengalami 'skoliosis' atau sakit tulang punggug bengkok.. sejak tu aku dah mula putus asa utk teruskan pelajaran aku.. aku rasa aku dah xmampu nak ke kolej sebab aku xboleh berjalan, xboleh duduk. hmm,, tapi member2 banyak bagi kekuatan dan akhirnya aku masuk ke kolej memulakan semester 4.
kesukaran melanda dalam mengharungi semester 4, aku susah nak bangun, nak uruskan diri, nak ke kelas.. menyebabkan pada semester 4 aku terlalu banyak tertinggal pelajaran dari pensyarah disebabkan aku tidak ke kelas, namun aku bersyukur sbb dapat pensyarah yang memahami keadaan aku hinggakan aku yang kerap tidak datang kelas tidak dihalang untuk mengambil peperiksaan akhir.
Disini, aku dedikasikan kepada warga dorm ku yang sudah ku anggap seperti adik beradikku sndiri..
" korang, terima kasih sbb selalu bantu hikmah disaat hikmah sakit, terima kash sbb menjaga hikmah, terima kasih sbb sentiasa beri semangat kepada hikmah utk teruskan pelajaran dan terima kasih sbb masih sudi berkawan dengan hikmah walaupun keadaan hikmah tidak seperti dulu lagi"
Alhamdulillah, setelah berubat aku mula sembuh namun masih xkuat lagi kerana kadang kala masih terasa kesakitan pada pinggang aku.. tapi aku sangat bersyukur, disaat kesakitan ini aku dapat melihat siapa kawan yang sebenarnya. terima kasih sahabat..semoga ukhwah kita kekal selamanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan