Salji

Jumaat, 28 Mac 2014

UlAng TahuN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Sekarang dah nak masuk ke penghujung bulan 3 dan hampir memasuki bulan 4. Pada hujung bulan 3, aku merasa seronok sebab 2 orang kawan rapat aku menyambut hari lahir selang sehari iatu Siti Falha Binti Mazlan pada 29 Mac dan Norasila Binti Haron pada 30 Mac.
 
Selamat ulang tahun kelahiran aku ucapkan pada kedua-dua mereka.. Semoga panjang umur dan persahabatan kita kekal selamanya.
 
 
 
 
 
 
Hadiah... hehe.. mestilah ada hadiah untuk insan kesayangan aku nie,,
 
untuk Siti Falha binti Mazlan
 
teddy bear Mr Bean.. hehe.. dari tahun lepas lagi dia mengidam nak bear nie... akhirnya dapat juga aku cari bear nie...
 
Untuk Norasila binti Haron...
 
 
tahun nie aku xtahu nak belikan dia apa.. tapi aku request suruh dia pilih.. dan ini lah pilihan dia..  Kasut dan duck-duck.. hehe..
 
Apa-apa pun hadiah yang Nampak secara fizikal ni tidak memberi apa-apa makna. Namun bagi aku, hadiah yang terbesar yang mampu aku berikan adalah kasih sayang yang tidak dijual di kedai runcit mahupun pasar malam.
 
 

MeNari

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Menari... aku suka menari namun gaya dan bakat tiada.... tapi baru-baru ni aku join kelab Flash mob Kolej Teknologi Alpha , menari di Mydin Seremban 2. Best sangat dapat menari terutamanya lagi aku dibahagian hadapan. Confident lebih tapi step banyak yang salah.
 
 
 
 
nie jelah kenangan yang ada di dalam tahun akhir aku di kolej nie... Harap lepas nie dapat menari lagi.hehe... supaya kenangan antara aku, dia dan mereka terus mekar dalam ingatan selepas meninggalkan kolej.
 

Isnin, 3 Mac 2014

BeRiADaH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Petang adalah waktu terluang yang aku, dia dan mereka ada untuk beriadah dikawasan yang sesuai dan berhampiran dengan Kolej ku. Beriadah ni banyak manfaatnya, selain dapat mengeratkan sillaturahim ia juga dapat merehatkan minda dari tekanan kerja yang menimbun. hahahaha... skang kan musim Assignment banyak.
 
Lokasi pilihan aku untuk beriadah, mesti lah City Park Seremban 2. Hmm, kawasan yang tenang dan ramai dengan pengunjung beserta kumpulan gagak yang terlampau banyaknya.. Alhamdulillah, yang penting tak kena gangguan apa-apa sepanjang beriadah di sana.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hmm.. xlama lagi nie semua hanya jadi kenangan sahaja. Harap persahabatan ini kekal selamanya walaupun kita semua dipisahkan sejauh mana pun. Amin..
 

Sabtu, 1 Mac 2014

WaYang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Semester baru yang mencabar dan banyak kerja. Namun semuanya berjalan lancar. Sedikit tekanan yang dihadapi membuatkan aku dia dan mereka mencari ketenangan dengan merehatkan diri menonton wayang.. 
 
 
 
 
 
ha.. cerita nie best juga lah.. xtau mana part sedih, namun aku bleh nangis lak tengok citer nie. Nampak sangat aku ni cengeng. hmm.. apa-apa pun seronok dapat keluar dengan korang...
 
 
 
 
 
Disebalik kenangan indah ini terselit kenangan pahit walaupun sedikit. Dari kenangan pahit itulah aku belajar mengenali dirimu dengan lebih dekat..
 
 

10 TahuN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Akhirnya dah 10tahun persahabatan kami.. Alhamdulillah, semoga perjalanan persahabatan kami lebih lancar dan berkekalan hingga ke akhir nyawa. Amin...
 
walaupun sepanjang persahabatan nie ada sahaja dugaan dan rintangan, namun kebahagian jga merupakan sesuatu yang mewarnai dan mencorak hubungan ini. Maaf Norasila Haron,, tiada hadiah istimewa yang dapat diberikan melainkan Kasih Sayang.
 
terima kasih sbb jadi sahabat saya walaupun saya banyak kekurangan. Namun awak menutupi segala kekurangan yang ada.. Saya sayang awak.
 
 
23022004-23022014