Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Petang adalah waktu terluang yang aku, dia dan mereka ada untuk beriadah dikawasan yang sesuai dan berhampiran dengan Kolej ku. Beriadah ni banyak manfaatnya, selain dapat mengeratkan sillaturahim ia juga dapat merehatkan minda dari tekanan kerja yang menimbun. hahahaha... skang kan musim Assignment banyak.
Lokasi pilihan aku untuk beriadah, mesti lah City Park Seremban 2. Hmm, kawasan yang tenang dan ramai dengan pengunjung beserta kumpulan gagak yang terlampau banyaknya.. Alhamdulillah, yang penting tak kena gangguan apa-apa sepanjang beriadah di sana.
Hmm.. xlama lagi nie semua hanya jadi kenangan sahaja. Harap persahabatan ini kekal selamanya walaupun kita semua dipisahkan sejauh mana pun. Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan