Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
#throwback...
"Perjalanan jauh xkurasa, kerna hati ku melonjak sama" hehe... melancong lagi kiter di dalam 'cuti-cuti Malaysia' ke PangKor, Perak. Alhamdulillah dah selamat pergi dan sampai.. Merasa seronok xterhingga,... Harap masih ada peluang untuk ke sana lagi.
Tercipta 1001 memori indah di Pulau Pangkor... mengharapkan semua kenangan ni tidak dilupakan... kenangan aku bersama dia dan mereka menjadi sebuah memori indah. Perjalanan selama 6 jam dalam bas serta merta hilang apabila sampai di Jeti lumut dan melihat keindahan lautan yang luas.
selepas berehat dan berjalan-jalan di Lumut.. masanya untuk naik Feri ke Pangkor..... tambang ke Pangkor dari Lumut RM10 pergi dan balik
JOM NAIK FERI
sape mabuk laut cormform muntah... tapi buat masa nie,, aku dengan member2 aku steady jer.. hehe.. tempoh masa naik feri ni cuma 30 minit je dari Lumut nak Ke Pangkor.. best.... OK... dah sampai Pangkor... kena naik Van untuk ke Teluk Nipah... itu kawasan yang akan kami tinggal. Comel Van color Pink. satu van 10 orang.. dia bawa laju, hamper-hamper juga kemalangan.
Akhirnya sampai di Teluk Nipah dan tempat kami bermalam adalah di.. ALA CHALET. Satu bilik kiteorang duduk berempat... boleh tahan la...
Petang tu kami jalan-jalan ke seluruh kawasan Pangkor. Pergi Kilang satay.
Lepas tu kami ke kawasan Taman Fu Lin Kung.
Muka excited tengok ikan besar |
Jom jalan-jalan naik rusa |
kemudian kami pergi pula Ke Kota Belanda dan dapat tengok Batu bersurat.
Masa untuk perjalanan balik... tapi sempat singgah lagi untuk ambil gambar permandangan senja di tepi pantai.
setelah keletihan... masa untuk pulang ke markas.. hehe... sesi malam kami adalah bebas, maka masa untuk shopping...
HARI KE DUA
Pagi-pagi lagi bersemangat bangun untuk menuju ke pantai.... masa untuk Snorkeling... hahahahaha.... bestnyer xterkata.... Smart lak bila pakai jaket keselamatan.
comelnye kesayangan kiter pakai jaket keselamatan |
balik dari Snorkeling perut terasa lapar dan badan terasa penat sangat... maka kami merehatkan diri sebelum melakukan aktiviti petang.. petang nanti nak naik Banana Boat...
hahaha... mencabar sangat naik banana boat nie... cabaran betul... Aktiviti malam menanti kami... BBQ dan Karaoke..
ada bakat kesayangan aku sorang nie menyanyi... |
HARI KE 3
masa untuk meninggalkan Pangkor.... segala kegembiraan bertukar menjadi kesedihan kerana terpaksa meninggalkan Pangkor untuk meneruskan perjuangan untuk belajar. Namun sebelum balik, kami sempat singgah ke TLDM Lumut.... seronok... banyak kapal..
Posing sakan dengan Cermin Mata... |
setelah puas berjalan kat TLDM... kami meneruskan perjalanan pulang ke kolej.... Alhamdulillah, perjalanan lancer... kenangan indah di Pangkor xmungkin dapat dilupakan.. Terima kasih kepada kesayangan ku, Norasila Haron dan Siti Falha Mazlan kerana melengkapkan kenangan indah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan