Salji

Sabtu, 27 September 2014

BerSuKan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sukan dan bersukan antara aktiviti yang aku dah xmampu join lagi sekarang sebab penyakit aku "slipped disc". tp serius macam best bila dapat lari-lari walaupun sikit. Disebabkan xleh main maka aku jadi penyokong pun boleh la.. dapat gak la aku sumbangkan suara aku yang sumbang ni untuk jerit bagi semangat. Walaupun ada masanya agak beremosi namun seronok. Maka moh ler kiter ke sukan yang dianjurkan kolej.

1. Bola Jaring

walaupun kalah, tapi semester kiter tidak kurang hebatnya. mungkin rezeki tidak berpihak kepada semester kita kerana mereka lebih hebat. Tapi apapun korang dah lakukan yang terbaik. Especially to Falha yang baru first time aq tengok dia main bola jaring, memang semangat sangat.

2. Badminton

Team beregu wanita. Tahniah yulie dan mira sebab dapat kemenangan sebagai juara.. 





3. Futsal






Alhamdulillah.. walaupun banyak cabaran dilalui semasa bersukan ni, dihina, dikritik dan sebagainya namun semester kami membuktikan kami bukan calang-calang. Dengan kejuaraan yang dimiliki, kami tidak bangga, tidak riak tapi cukuplah kami katakan kami mempunyai semangat berpasukan yang tinggi dan kami tidak memandang rendah pada pihak lain.

Hanya ini yang mampu aku coretkan menjadi kenangan disemester terakhir bersama mereka-mereka yang sporting dan sweet ni... aku pasti akan merindukan kemesraan ini lagi.




Sabtu, 13 September 2014

Giant BubBle

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aktiviti hujung minggu yang bosan akan diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan ditahun akhir kat seremban ni. Hujung minggu Asila tak ada sebab amek lesen.. maka tinggal lah kami berdua Hikmah dan Falha dibilik.. maka aktiviti yang mampu dilakukan selain tidur adalah jejalan. maka ke manakah kiter... oleh itu moh kiter ke Mydin dan City Park...






bersama Falha sahabatku tempat bergaduh.. gaduh-gaduh pun sayang gak..  seronok jejalan dengan dia sebab dia happening.. tp serius rindu ko Asila.. kalau ko ada tentu lagi meriah.. cer kiter terjah dak Falha ni dok try Giant Bubble kat City Park..
\


fuh... sape sangka berbakat gak dak ni main Bubble.. Serius masa tu satu City Park tgk dia main bubble sebab bubble yang Falha hasilkan memang besar sangat... terbaiklah Falha.. Apapun seronok tgk kamu seronok macam ni.. 


Bye-bye City Park.. Ada masa terluang In Sha Allah akan jejak lagi.. ini Sem akhir.. Tahun akhir di sini.. Semoga lepas tamat belajar hubungan antara aku, dia dan mereka tak akan pernah terputus walau dipisahkan jarak dan masa.



Isnin, 8 September 2014

SemEstEr 6

Assalamualaikum dan salam sejahera.

Habis sudah cuti semester yang panjang maka masanya untuk memulakan semula pembelajaran di semester terakhir.. terakhir la harapnya.. urmmm.. keputusan peperiksaan sem 5 memang teruk.. repeat lagi subjek Financial Management 2, dan harap sem ni adalah sem terakhir aku amek subjek tu. xnak tambah semester.

Memulakan semester baru dengan suasana yang baru.. sebab apa?? sebab dah pindah bilik.. dan segalanya akan berubah. Kini hanya aku, asila dan falha jer setia bersama sebilik. Yang lain da pindah bilik masing-masing namun akan aku pastikan hubungan kami xterpisah seperti terpisahnya bilik. pasti aku akan rindukan suasana bilik dan isi didalamnya.

pertama sekali nak dibuat bila balik seremban adalah pergi belanja barang dapur.. maka oleh itu.. moh ler kiter ke Mydin..




maka selepas itu, persiapan untuk ke kelas dilakukan dengan baik sekali. Fuhh semangat nak masuk kelas setelah hampir 3 bulan bercuti...maka ke Bakeri la kiter sem nie..












maka diharap semngat hari pertama akan berterusan ke hari seterusnya.. semester akhir bakal ditinggalkan xlama lagi.. maka sem ni nak cipta seribu kenangan indah supaya ada benda yang boleh dikenang setelah tinggalkan kolej. Sayang korang sampai bila-bila ahli 130/2.