Assalamualaikum dan salam sejahtera.
sukan dan bersukan antara aktiviti yang aku dah xmampu join lagi sekarang sebab penyakit aku "slipped disc". tp serius macam best bila dapat lari-lari walaupun sikit. Disebabkan xleh main maka aku jadi penyokong pun boleh la.. dapat gak la aku sumbangkan suara aku yang sumbang ni untuk jerit bagi semangat. Walaupun ada masanya agak beremosi namun seronok. Maka moh ler kiter ke sukan yang dianjurkan kolej.
1. Bola Jaring
walaupun kalah, tapi semester kiter tidak kurang hebatnya. mungkin rezeki tidak berpihak kepada semester kita kerana mereka lebih hebat. Tapi apapun korang dah lakukan yang terbaik. Especially to Falha yang baru first time aq tengok dia main bola jaring, memang semangat sangat.
2. Badminton
Team beregu wanita. Tahniah yulie dan mira sebab dapat kemenangan sebagai juara..
3. Futsal
Alhamdulillah.. walaupun banyak cabaran dilalui semasa bersukan ni, dihina, dikritik dan sebagainya namun semester kami membuktikan kami bukan calang-calang. Dengan kejuaraan yang dimiliki, kami tidak bangga, tidak riak tapi cukuplah kami katakan kami mempunyai semangat berpasukan yang tinggi dan kami tidak memandang rendah pada pihak lain.
Hanya ini yang mampu aku coretkan menjadi kenangan disemester terakhir bersama mereka-mereka yang sporting dan sweet ni... aku pasti akan merindukan kemesraan ini lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan