Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pasar Malam yang terakhir untuk kami kerana minggu hadapan ada 3paper straight sepanjang jumaat-Ahad. So da xdapat pergi sebab selepas peperiksaan semua akan pulang ke kampung masing-masing, Semua ambil keputusan untuk berjalan kaki ke Pasar Malam yang mengambil masa 45Minit untuk sampai.. Apa lagi.. moh ler kiter..
Dah puas ronda pasar malam, Kedai RM2, Rainbow dan semua tempat yang perlu, kami pulang kerana cuaca dan angin seperti tidak mengizinkan untuk berlama-lama disitu. Maka Sepanjang perjalanan pulang, dihiasi dengan cerita-cerita dan lengang lenggok yang perlahan.Aku dan Yulie saling berbual dalam bahasa inggeris. Dalam tak sedar hujan mula menitik dan semakin lebat, Maka berlari kami seperti lagu "memori daun pisang". Sampai di Kolej Sempat selfie, kenangan Akhir sem mandi hujan captionnya.. hahahaha.. Demam sok xtau...
Andai sidia ada bersama aku saat ini pasti lebih gembira kan.. Namun aku sedar Allah sebaik-baik perancang dan Alhamdulillah kau ditemukan dengan sahabat baru yang jauh lebih baik dari aku. In Shaa Allah, Kebahagiaanmu juga Sebahagiaan dari kebahagiaan ku. Di Akhir-akhir semester nie, aku sering tiada dibilik, aku ingin menikmati sisa-sisa baki kenangan yang boleh dicipta walaupun hati ini masih berharap, masih adakah matahari senja untuk esok?
RINDU UNTUK KEMBALI BERTIGA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan