Salji

Khamis, 30 April 2015

Cute Gugurl flex

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pejam Celik.. Pejam Celik.. dah 3 bulan kat sini.. Alhamdulillah... lagi sebulan jer lagi.... ok, mood nak bercerita pasal kawan-kawan rapat modek kat Flex nie. Bila dah biasa berempat, kadang-kadang bila terkurang sorang pasti akan ada rasa janggal dan msti ada orang-orang meja sebelah yang tanya, mana dia?? mana dia??




Moh nak perkenalkan satu persatu...


1. Norasila Binti Haron. (LALA)

Sahabat kesayangan modek. Dah penat nak cerita tentang dia sebab kalau scroll tajuk dari awal blog nie ditubuhkan da banyak cerita pasal dia. Anyway dia adalah trainer di Flextronic dan Alhamdulillah dengar khabar dapat diserap terus menggantikan Puan Noraini. kerja elok-elok.. Awak dapat sambung kerja atas effort awak sendiri, pedulikan apa orang kiri kanan depan belakang atas bawah nak kata apa yang penting saya kenal awak siapa dan sentiasa sayangkan awak. Memang awak seorang yang tak tau serba serbi masa kat kolej, tak tau buat assigment, tapi awak da buktikan awak mampu jadi pekerja yang baik. chaiyook...chaiyook sayang...


2. Nur Farah Hani Binti Omar (HAHA)

My new Friend start 2 Feb until forever. Hani, dak kartun yang suka buat lawak dan suka buat muka blur-blur.. Bakal Enggineer. Dia Antara orang yang suka sakat aku dan kenakan aku masa tengah berborak. Dak nie duduk kat pekan Nenas, Sorry dah berpunya so xperlu isi borang untuk kenal dia. Special tentang dia adalah dia lahir satu bulan dengan aku dan ada beberapa persamaan dia dan aku.. muka dia mcm artis (Fathia) bukan Wan Maimunah lah.. xnak mention sebenarnya tapi rasa kena juga, dia sebenarnya tua 2 tahun tapi xnak mengaku kakak, kalau boleh nak mengaku sebaya.hahahaha... i like to smell your honeydew... 



3. NorBaizurah binti Md Noor (BAIBAI @ RARA)

Manusia paling kecik sekali dalam geng. Cukup marah bila orang panggil dia PENDEK, Actually aku tak suka nak tipu tapi hang memang PENDEK. hahahaha... Anyway dia suka pakai Kasut tumit, Hobi dia tambah stock kasut, handbag dan suka melancong. Kelemahan dia makan tak pernah nak habis, so sebagai tong sampah aku juga la yang habiskan. Sangat sukar dalam memilih pasangan namun dia 
Dah berpunya namun jika anda rasa anda layak sila isi borang yang boleh didownload dilaman web berikut >> (JUMPA CIK MD NOOR). 


Apa persamaan yang ada pada kami bereempat, maybe kami sekepala kot... tapi kebiasaannya diorang lagi sekepala untuk kenakan aku.. paling kuat nangis adalah aku, paling kuat gelak juga aku. korang bertiga anak sulung so semua nampak matang, aku manja sikit sebab aku kan paling muda antara korang.. hahahahaa... Hope kiter xlost contact biler da habis praktikal, Good Luck Hani dan Zura. Semoga dapat sambung kerja di Flextronics.








Apa-apapun, tak dilupakan juga untuk adik-adik praktikal yang dah tamatkan praktikal bulan nie, Syazwani dan Fatin Hanisah, good luck untuk 1 lagi Semeter.. Semoga korang dapat kerja yang baik dan berjaya didunia dan Akhirat. Jangan lupa kakak-kakak comel kat sini.








Isnin, 13 April 2015

Kajian Kes: kena Block?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

First time rasanya nak buat kajian kes nie, isu yang berkaitan dengan diri sendiri. Isu kena Block.. Ada ke manusia yang ada laman sosial tak pernah kena block? atau tak pernah cuba-cuba block orang? zaman sekarang nie banyak laman Sosial yang menjadi kegilaan remaja dan dewasa seperti Facebook, Instagram,Twitter, Wechat, Whatsapp, Line, Kakaotalk, yahoo Messenger dan sebagainya. Semakin banyak laman sosial semakin ramai friend list dan Stalker. 

Especially want to say about Stalker.. Stalker adalah someone yang always want to know what u update everyday. Ada 3 Jenis Stalker. First yang suka menunjukkan diri dan siap cakap dengan owner yang dia sentiasa follow all activity orang tu buat dekat laman sosial, siap letak kat "Favourites" to get notification what they like or comment. Second is stalker yang suka sangat like n comment setiap status yang kita buat, kalau setiap status dia komen xke menyemak namanya dan memang sengaja menunjukkan yg dia sentiasa follow update kita. Third is Stalker secara senyap dan kebiasaannya ini yang paling berbahaya kerana maybe dia adalah secret admire or musuh yang memang kita tak kenali.

Back to story, Banyak sebab kenapa anda kena block atau sebab kenapa anda mesti block someone.Antaranya ialah;



1.Sikap terlalu "showOFF"

Kadang-kadang kita block orang maybe sebab menyampah tengok balik-balik muka dia yg update.. macam dia je ada Facebook or other social network. Sampai kadang kita terlupa, tu facebook dia suka dialah dia nak update apa. Dan mungkin kalau kita kena block dgn sesiapa adalah disebabkan orang tu menyampah nak baca semua benda yang kita update So dari dia benci kita better dia block.

2. Alasan tak munasabah

"Aku block kau sebab boypren/gilpren aku tak suka aku berhubung dengan kau walaupun kau just ex or maybe sebab kau lain jantina dengan aku." memang tak munasabah sangat, Akaun anda adalah hak anda, maka anda berhak buat keputusan.


3. KARMA??

Hidup nie kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah. Karma tu setiasa ada dimana kejahatan yang kita lakukan pasti akan dibalas balik, jadi jika anda tidak suka di Block maka anda juga harus mempunyai kesedaran untuk tidak block orang. Saya menyedari hakikat ini kerana saya mula sedar saya di Block mungkin kerana saya juga salah seorang yang suka block orang.

4.Stalker 

Jika anda seorang stalker yang suka menunjukkan diri, memang selayaknya anda di Block. maka untuk menyelamatkan anda adalah, Lain kali Stalker la secara senyap, buatlah macam tak tau apa-apa yang dia update. Tapi if anda seorang yang lurus seperti saya, maka anda memang layak kena block kerana saya seorang yang lurusnya mengatakan "Saya Stalker Awak."


5. kena block sebab BENCI

Nie no komen. Sebab kebiasaannya memang orang yang kita tak suka kita memang xkan add.. or maybe kiter pernah jadi kawan dan tiba-tiba rasa benci tu muncul maka jalan terbaik adalah BLOCK. Ok, kadang-kadang kita kena tau someone nak kita Chow dari hidup diorang, so kalau da kena block tu xfaham-faham lagi ke??

6. Positif

Last but not least.. positifkan diri anda.. mungkin anda di Block kerana anda terlalu handsome dan cantik or maybe comel. If saya yang kena Block maybe sy boleh fikir yang saya nie Gemuk pendek a.k.a comel kot sebab tu sy kena block. hahahaha...




Tamat sudah kajian kes saya. Maka jika anda diBlock, xperlu gusar dan susah hati, jika anda kenal siapa yang block anda, Berdoalah supaya Allah lembutkan hatiNya untuk unblock semula. Sesungguhnya kekuatan dan senjata seseorang Muslim adalah pada Doa. 

Rabu, 1 April 2015

Epy b'Day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat Hari Lahir buat kesayangan ku berdua nie. Dah 3 Tahun berturut sambut sama-sama, Alhamdulillah,, Allah beri lagi peluang untuk kali ke 4 sambut bersama, namun ini membuatkan aku terfikir adakah masih ada untuk tahun-tahun seterusnya. In Shaa Allah aku tak akan lupa tarikh-tarikh penting nie. 






In Shaa Allah nama kalian sentiasa ada dalam doa modek.. Modek doakan korang panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga mendapat kerja yang baik dan dipermudahkan untuk membina masjid nanti. Sayang siti Falha binti Mazlan dan Norasila binti Haron. Maaf tiada hadiah mahal atau yang terbaik mampu diberi, namun modek takkan lupakan korang dan sentiasa mendoakan kebahagiaan korang dunia dan Akhirat.

" Purnama tak bercahaya bila mana mentari tiada"