Salji

Isnin, 13 April 2015

Kajian Kes: kena Block?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

First time rasanya nak buat kajian kes nie, isu yang berkaitan dengan diri sendiri. Isu kena Block.. Ada ke manusia yang ada laman sosial tak pernah kena block? atau tak pernah cuba-cuba block orang? zaman sekarang nie banyak laman Sosial yang menjadi kegilaan remaja dan dewasa seperti Facebook, Instagram,Twitter, Wechat, Whatsapp, Line, Kakaotalk, yahoo Messenger dan sebagainya. Semakin banyak laman sosial semakin ramai friend list dan Stalker. 

Especially want to say about Stalker.. Stalker adalah someone yang always want to know what u update everyday. Ada 3 Jenis Stalker. First yang suka menunjukkan diri dan siap cakap dengan owner yang dia sentiasa follow all activity orang tu buat dekat laman sosial, siap letak kat "Favourites" to get notification what they like or comment. Second is stalker yang suka sangat like n comment setiap status yang kita buat, kalau setiap status dia komen xke menyemak namanya dan memang sengaja menunjukkan yg dia sentiasa follow update kita. Third is Stalker secara senyap dan kebiasaannya ini yang paling berbahaya kerana maybe dia adalah secret admire or musuh yang memang kita tak kenali.

Back to story, Banyak sebab kenapa anda kena block atau sebab kenapa anda mesti block someone.Antaranya ialah;



1.Sikap terlalu "showOFF"

Kadang-kadang kita block orang maybe sebab menyampah tengok balik-balik muka dia yg update.. macam dia je ada Facebook or other social network. Sampai kadang kita terlupa, tu facebook dia suka dialah dia nak update apa. Dan mungkin kalau kita kena block dgn sesiapa adalah disebabkan orang tu menyampah nak baca semua benda yang kita update So dari dia benci kita better dia block.

2. Alasan tak munasabah

"Aku block kau sebab boypren/gilpren aku tak suka aku berhubung dengan kau walaupun kau just ex or maybe sebab kau lain jantina dengan aku." memang tak munasabah sangat, Akaun anda adalah hak anda, maka anda berhak buat keputusan.


3. KARMA??

Hidup nie kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah. Karma tu setiasa ada dimana kejahatan yang kita lakukan pasti akan dibalas balik, jadi jika anda tidak suka di Block maka anda juga harus mempunyai kesedaran untuk tidak block orang. Saya menyedari hakikat ini kerana saya mula sedar saya di Block mungkin kerana saya juga salah seorang yang suka block orang.

4.Stalker 

Jika anda seorang stalker yang suka menunjukkan diri, memang selayaknya anda di Block. maka untuk menyelamatkan anda adalah, Lain kali Stalker la secara senyap, buatlah macam tak tau apa-apa yang dia update. Tapi if anda seorang yang lurus seperti saya, maka anda memang layak kena block kerana saya seorang yang lurusnya mengatakan "Saya Stalker Awak."


5. kena block sebab BENCI

Nie no komen. Sebab kebiasaannya memang orang yang kita tak suka kita memang xkan add.. or maybe kiter pernah jadi kawan dan tiba-tiba rasa benci tu muncul maka jalan terbaik adalah BLOCK. Ok, kadang-kadang kita kena tau someone nak kita Chow dari hidup diorang, so kalau da kena block tu xfaham-faham lagi ke??

6. Positif

Last but not least.. positifkan diri anda.. mungkin anda di Block kerana anda terlalu handsome dan cantik or maybe comel. If saya yang kena Block maybe sy boleh fikir yang saya nie Gemuk pendek a.k.a comel kot sebab tu sy kena block. hahahaha...




Tamat sudah kajian kes saya. Maka jika anda diBlock, xperlu gusar dan susah hati, jika anda kenal siapa yang block anda, Berdoalah supaya Allah lembutkan hatiNya untuk unblock semula. Sesungguhnya kekuatan dan senjata seseorang Muslim adalah pada Doa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan