Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah da berjaya tamatkan praktikal dengan jayanya dan lega sangat dapat tinggalkan Program Department yang dah buat aku trauma selama 4 Bulan. Setelah menyelesaikan Clearance untuk Asrama, maka kami bertolak balik, Agak bertuah modek kali ini sebab ada orang nak hantarkan barang modek yang banyak tu balik ke kampung Halaman (MAJIDI). Terima Kasih Siti Falha Binti Mazlan.
Setelah kami berFarewell bersama selama 3 Hari berturut-turut, maka tiba masanya untuk pulang dan kami sempat meluangkan masa bersama-sama di Country Garden, DangaBay Johor Bahru untuk kenangan kali terakhir. Entah bila lagi la kan dapat jumpa macam nie. urmmm.. apa-apapun disebalik senyuman sebenarnya tersimpan seribu kesedihan, aku terfikir adakah ini kali terakhir aku bertemu dengan dia?? Sejak kehilangan rakan kolej Inthu, aku rasa takut untuk berjauhan dengan kesayangan-kesayangan aku sebab kalau boleh aku ingin menatap wajah mereka sepuasnya sebelom aku pergi.
Siti falha Binti Mazlan. Kawan rapat den yang paling den sayang. Seronok tengok dia tersenyum. modek masih lagi gemuk pendek seperti dulu dan bertambah-tambahlah gemuknya.
khas untuk Falha @tiger @tembam @Oshin
Andai ini kali terakhir pertemuan Kita, mah harap fal dapat maafkan mah, mah banyak sangat dosa pada fal. Halalkan segalanya. Mah harap fal tak lupakan mah, kebahagiaan itu milik kamu kawan. Semoga bertemu sahabat yang lebih baik dan mampu menjaga nama baik fal didunia dan Akhirat. Semoga fal dipercepatkan Jodoh kerana mah nak makan nasi free nie... (itu pun kalau fal jemput) hahahha... terima kasih sebab da susah-susah hantar mah balik. Jasamu sentiasa ku kenang. Kenangan dengan mu sepanjang 3Tahun 5 Bulan kita kawan juga akan sentiasa dalam ingatan.
"Disini jua memori tercipta walau seketika terjalin kasih kita, mungkin disini kitakan terpisah, kenangan bersama tiada ku lupa. Yang terpahit juga termanis semuanya bagiku terindah..ku ingati buat selama-lamanya"