Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
ukhuwah itu kadangkala mempunyai episod yang sukar ditanggung. Orang yang kita rindui jarang punya waktu untuk bersama, sekalipun sudah ada didepan mata; tiba-tiba kita diuji dengan kesibukkan yang menghurung. Akibatnya diserang rasa bersalah yang menggunung. Tiada apa yang mampu dilakukan melainkan melalui semua ini dengan sabar dengan harapan kita akan bertemu disyurga dan berlama-lama disana.
"kadang kala orang yang paling merimaskan dan suka menganggu kita adalah orang yang akan kita rindu bila kita sunyi. Hal ini kerana kita pernah menyayanginya dan dia pernah membahagiakan hidup kita suatu ketika dahulu."
"Pokok tak sedih bila ditebang dengan Kapak tapi akan mengalir air matanya bila melihat hulu kapak yang diperbuat dari kayu"
"Jika Seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya" (Riwayat Abu Daud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan