Salji

Jumaat, 25 Disember 2015

External Assistant Invigilators (Partime)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah berhabuk rasanya blog nie. So kalini modek nak kongsi pengalaman mengenai kerja Partime Modek sebagai Assistant Invigilator ataupun pengawas peperiksaan. Alhamdulillah, setelah sekian lama menganggur, dengar je ada kerja terus cepat-capat grab walaupun partime. Sekurang-kurangnya dapat tambah pengalaman dan untuk duit poket sikit. 

Modek kerja kat sebuah kolej Swasta di Educity Nusajaya. Pertama kali masuk kawasan tu memang terpegun dengan pembangunan kawasan tersebut yang memang didalamnya terdapat beberapa buah kolej bertaraf antarabangsa yang mewah dan fasiliti yang banyak beserta kawalan keselamatan yang baik, Bangga jadi anak Johor melihat pembangunan Johor yang semakin membangun dikawasan Nusajaya dan Kota Iskandar.

Modek bertugas di Kolej Netherland Maritime Insitute Technology (NMIT). Kebanyakkan pelajar disini mengambil subjek Logistik dan Shipping. Modek ditugaskan untuk menjaga peperiksaan. Kerja tak sukar namun ia juga bukanlah sesuatu yang mudah. Menjaga dewan peperiksaan yang banyak prosedur terutama sekali bila nak chek pelajar sama ada membawa 'Toyol' atau barangan terlarang semasa menduduki peperiksaan. Seriusly teringat zaman belajar bila tgok student exam, teringat juga dulu pernah nakal meniru sesama kawan semasa dalam dewan. Selain mengawal, Modek juga ditugaskan untuk mengekori pelajar ke tandas membantu pelajar yang mengalami kesulitan dan segalanya yang berkaitan peperiksaan.

 



Alhamdulillah, Kerja nie bagi modek seronok sangat.  Terutama sekali jika kita seorang yang berminat dalam dunia pendidikan. Paling terharu bila student panggil modek dengan gelaran 'Miss' dan 'Cikgu', terasa ada tanggungjawab yang harus digalas. Yang paling penting Modek seronok sebab dapat kenal ramai orang dan dapat tengok pelbagai gelagat manusia. Tak lupa juga rakan sekerja partime nie, dapat la Modek berkenalan dengan beberpa Assistant invigilator juga seperti cikgu Afiqah, Cikgu Nadiah, Cikgu Faridah, Cikgu Wahidah dan cikgu Huda. Perkenalan mungkin singkat sebab tak selalu bersama dan kami bergilir-gilir dapat merasa bertugas serentak, namun perkenalan yang singkat ini diharap tak terhenti disini.


Ni kawan rapat modek di Sini. Afiqah dan Nadiah. Diorang nie adik beradik dan berasal dari Bandar Tenggara.


Kerja mana yang tak penat kan, tapi walaupun penat rasa puas hati sangat sebab tahap stress memang rendah bila bekerja dalam bidang pendidikan. Modek harap ada harapan la lepas ni nak jadi cikgu.hihihihi.. Sayangnya tugas modek disini hanya selama 4hari maka modek tinggalkan segala jejak kenangan di Blog ni supaya modek xlupa.

kata-kata penghargaan terakhir dari Modek buat Sahabat iaitu Falha, terima kasih kerana berusaha dapatkan modek kerja nie dan bersusah payah hantar pergi dan balik kerja serta tumpangkan modek dirumah kamu semasa modek bekerja. Tak terbalas jasa kamu dan modek mohon pada Allah supaya murahkan rezeki Falha. Aamin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan