Salji

Sabtu, 28 Mei 2016

BFF Honeymoon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mood baru-baru kawen puan BFF nie, tetibe ajak wat photoshoot kat ECO Garden Nusajaya, dan Sebagai camerawomen yang tak bertauliah nie maka segala hasil gambar dia bersama suami disimpan hanya untuk dia, dan hanya ada gambar kami. harap sangat persahabatan nie kekal sampai bila-bila. sayang awak sangat-sangat asila.



Hani Kawen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hani da kawennnnnn...

Wah.... Senior dalam Geng Group Flex Praktikal da kawen weiiii.... hahahahaha.... akhirnya.... okeyh so dalam geng kiter berempat, Dua da kawen, sorang da tunang dan sorang single. Yes, its me single and Happy. Takpe, adik biasa bagi kakak-kakak kawen dulu, senang nak makan free nanti.

Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar, pengantin gojes sangat. Selamat pengantin baru Hani & Syafiq, secara tak langsung perkahwinan Hani telah menjadikan kami dapat berkumpul semula setelah masing-masing asyik busy.





Sabtu, 7 Mei 2016

BFF TUNANG (07052016)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Satu persatu kawan aku da start tunang, namun aku je yang masih berfoya-foya dan seronok menjadi single tanpa risaukan masa depan, Doakan lah aku dipertemukan dengan sidia yang entah siapa dan entah dimana. Soalan tak sanggup dengor "Ko bile Lagi?"

Fuhhh,, pada tarikh yang sama BFF Modek kawen dan BFF Modek lagi sorang plak Tunang, Tak tau nak kata sedih ke tak sebab kedua-dua memang mengalirkan air mata. Sebak weiiii... member da terikat dengan kesayangan masing-masing. Pas nie xder geng nak berfoya-foya.

Selamat bertunang Falha, Semoga dipermudahkan ikatan korang dari tunang ke jinjang pelamin, InsyaAllah perkara baik Allah akan permudahkan. Jangan putus asa walaupun banyak masalah dan dugaan yang datang sementara darah masih manis nie. sape sangka insan yang Fal tunggu selama 6 Tahun itu telah menjadi Incik tunang. Tahniah weii




BFF KAWEN (07052016)

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Hari yang paling gembira tapi tetap sedih bagi seorang sahabat bila lafaz "Aku Terima Nikahnya" bergema di mikrofon dewan dan nama insan itu telah menjadi milik sang suami. ye, sahabat aku dari kecik, Norasila binti Haron da selamat diijab qabulkan dengan Jejaka pilihan hatinya Haziq Zamir Izzul Islam Bin Amir Rahim.

Rasa gembira kerana selepas ini ada yang  menjaganya, ada yang menyayanginya, ada yang menyintainya sepenuh hati dan akan bersamanya hingga Akhir hayat. Namun sedih bila mengenangkan semuanya akan berubah selepas ini, mungkin hadnya akan terbatas, hubungan kami tak akan sama masa bujang-bujang dulu, dah takde kawan gossip, dah takde kawan gaduh.

Apepun buat sahabat kecilku, aku doakan kau bahagia dunia akhirat bersama Imam mu. Taatlah kepada Allah dan Suamimu, jangan lupakan aku dan aku berharap aku masih sempat bertemu junior mu. hehehehe


Okeyh, Tema Purple Pink, dan pengalaman yang paling best bila join perkahwinan beramai-ramai adalah bila kau ada 3 brides maid yang comel. hahahaha