Salji

Sabtu, 7 Mei 2016

BFF KAWEN (07052016)

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Hari yang paling gembira tapi tetap sedih bagi seorang sahabat bila lafaz "Aku Terima Nikahnya" bergema di mikrofon dewan dan nama insan itu telah menjadi milik sang suami. ye, sahabat aku dari kecik, Norasila binti Haron da selamat diijab qabulkan dengan Jejaka pilihan hatinya Haziq Zamir Izzul Islam Bin Amir Rahim.

Rasa gembira kerana selepas ini ada yang  menjaganya, ada yang menyayanginya, ada yang menyintainya sepenuh hati dan akan bersamanya hingga Akhir hayat. Namun sedih bila mengenangkan semuanya akan berubah selepas ini, mungkin hadnya akan terbatas, hubungan kami tak akan sama masa bujang-bujang dulu, dah takde kawan gossip, dah takde kawan gaduh.

Apepun buat sahabat kecilku, aku doakan kau bahagia dunia akhirat bersama Imam mu. Taatlah kepada Allah dan Suamimu, jangan lupakan aku dan aku berharap aku masih sempat bertemu junior mu. hehehehe


Okeyh, Tema Purple Pink, dan pengalaman yang paling best bila join perkahwinan beramai-ramai adalah bila kau ada 3 brides maid yang comel. hahahaha







Tiada ulasan:

Catat Ulasan