Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat tahun baru 2018. Rasa macam da berhabuk blog nie.
Bersyukur sebab masih diberi kesempatan utk merasai nikmat Allah berikan. celik
mata pagi tadi da rasa macam tua sangat pulak, sedangkan baru 27tahun. Azam tahun
baru nie adalah forward balik azam tahun lepas yang memang tak pernah
tercapai.
Tahun nie tak minta banyak, moga aku kuat untuk hadapi apa jua
cabaran dalam meneruskan hidup. nak berada disamping keluarga dan kawan-kawan
yang sayangkan aku, untuk yang suka cari aku time susah je aku tinggalkan
korang semua kat tahun 2017. maka duduk jela dalam kenangan.
Sebenarnya hidup kita semua sudah ditulis jalan ceritanya oleh
Allah. Kadang-kadang apa yang kita capai apa yang kita tak dapat capai, Allah
da tulis semuanya dan itu mengikut juga pada kemampuan kita dan dari usaha dan
doa yang di minta.
Bersyukur sebenarnya dihujung tahun 2017 aku mula nampak siapa
yang sentiasa ada dengan aku saat jatuh bangun aku dalam kerjaya. Dia insan
yang tak putus-putus bagi nasihat, dorongan dan semangat untuk aku terus maju
dalam kerja. Sebenarnya dia sentiasa ada dengan aku dan memerhatikan aku, cuma
mungkin aku dibutakan mata dipekakan telinga xnampak kehadiran dia selama nie.
Tapi aku akan jadi insan paling teruk jika aku tak hargai dia untuk hari ini
dan seterusnya. Terima Kasih kerana selalu ada my dear teddy bear Fauziah Binti
Ramli. (FR)
Rasa mungkin da terlambat juga nak hargai dia sebab setelah
berhenti kerja baru sedar semua tu. tapi bak kata omputeh, better late then
never. hahaha.. So my dear teddy, we maybe not blood sister but we blood by
heart. Jauh dimata harap tak jauh dihati, tak minta banyak moga 2018 nie permulaan nie menjadikan modek seorang adik yang baik untuk dia dan inshaAllah persahabatan nie hingga ke Syurga hendakNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan