Salji

Selasa, 11 Disember 2018

Ciksue & Cikmah

assalamualaikum

once upon a time... ha mukadimah je da english, tapi tak dapat nak meneruskan sebab da lama xmakan keju, jadi lidah da kelu nk cakap omputeh. Modek mencatatkan nukilan nie tepat 2minggu selepas keluar dari hospital. tangan baru okey nak menaip, hehehe.. sebenarnya nukilan ni untuk si dia yang da bersusah payah jaga modek kat hospital. Nama dia dalam kad pengenalan Suhaila binti Hashim tapi modek panggil dia ciksue dan nama dia dirumah pulak Ella...

Modek masuk hospital selama 4malam (21nov-25nov), lakukan pembedahan kecil untuk membuang ketulan yang membengkak di bawah lengan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan modek semakin pulih dari kesakitan. masih dalam mood cuti lagi, doktor bagi cuti panjang. hehehe... rindu nak pergi kerja sebenanrnya, tapi xrindu kerja, rindukan suasana dan kawan-kawan kat sana je. Especially rindu my partner "ciksue"

modek pernah terfikir satu masa dulu, time sakit nanti ada ke kawan yang saggup jaga modek. Akhirnya soalan itu terjawab dan Allah kurniakan dia sebagai sahabat yang jaga modek dan modek sangat-sangat bersyukur ada dia disaat getir. terima kasih ciksue sebab ada disaat saya memerlukan. Disaat saya sangat-sangat down, awak genggam tangan saya. Ayat yang saya takan pernah lupa, awak cakap awak buat nie atas dasar saya sahabat awak dan awak tak nak saya dan mak ayah terhutang budi langsung pada awak. awak ikhlas jaga saya sebab awak sayangkan saya. Dan sekarang ikhlas dari hati saya, saya sangat-sangat sayangkan awak ciksue. #smileso #sisterbyheart






Selasa, 24 Julai 2018

Smileso (Birthday Sue)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

24th July 2018
Dedicate to : Miss Suhaila Binti Hashim



Happy birthday to u
Happy birthday to u
Happy birthday to Suhaila
Happy birthday to u






Perkenalan bermula di Jbcocoa..She is special person that i found here, she is caring, sweet, nice, understanding me and always look happy and strong even she have many problem. Dear Sue, thank you because be a good friend, always support me and always be my "kawan pinjam bahu". hehehe

                                                               


Sempena besday awak nie, saya doakan semoga awak sentiasa bahagia, sentiasa diberi kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dan rintangan, dipermudahkan urusan dunia akhirat, dan paling penting semoga persahabatan kita kekal buat selamanya, InshaAllah. 

#Smileso #WarehouseTeam #Ciksue #Cikmah 



Ahad, 25 Februari 2018

Jumanji

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasa tiba-tiba nak catatkan satu kenangan yang asyik dirindukan. hehe. Lepas modek berhenti kerja di PTIS modek masih tak bleh move on untuk berjauhan dari someone yang modek sayang nie, maka modek cari jalan macam mana nak ajak dia hang out, maka try la ajak dia tengok wayang cite Jumanji. Dari bulan 12, 2017 ajak dia.. bulan 1, 2018 baru menjadi. hehe 

Ada juga la kenangan yang terpahat dengan dia. Actually dia adalah officemate pertama yang modek ajak tengok wayang dan lega sangat dia setuju nak ikot. kalau tak berhuhuhuhhuhu jela kat bucu dinding. Dinding ada bucu ke?? hahhaha

Dia la paling tahan nak layan gila member dia nie yang baru iklan da gelak berdekah-dekah. Tapi seronok tengok dia happy. Betol la kalau kita sayangkan seseorang, kebahgiaan dia akan menjadi kebahgiaan kita juga. Tapi serius la cite Jumanji bleh bagi 5 bintang. Best sangat. 

What i like about my Bff nie ialah bila ajak pakai sedondon dia on je, hehehe.. so tema nak g tengok wayang nie blue royal. Sweet tak sweet belakang cite yang penting modek bahagia. hehehe. 





Its not about me. Its not about you. Its about us, our friendship and relationship.

Kerja kIlang koko

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Da sebulan modek kerja kat kilang Jbcocoa nie sebagai Assistant Deparment Warehouse. Bidang nie sangat baru bagi modek. Yela pengalaman sebelum nie kerja hotel lepastu praktikal bahagian admin kemudian masuk kerja bahgian safety tiba-tiba sekarang warehouse. Memang pengalaman baru bagi modek, kosong-kosong tanpa pengalaman.




Moga-moga modek mampu bertahan kerja kat sini. Cabaran kerja warehouse tak sama macam cabaran kerja-kerja sebelum nie. Hati kena kental, kerja dengan lelaki. Kena kejar dengan orang atasan memang banyak main emosi. Harap-harap Allah permudahkan urusan modek di sini.

Macam mana modek leh dapat kerja sini.. Actually lepas modek berhenti je kerja dari PTIS, modek sambung kerja kat sebuah syarikat swasta tp under sebuah universiti dekat EDUCITY. Kat situ ada member suggest, kerja dia oke cuma entah la bagi modek macam tak serasi sebab modek kan jenis tak reti duduk diam. Kerja sebagai helpdesk (ala macam customer service tu), speaking kena power tapi sayangnya english modek berterabur ke longkang, hahahaha.  Genap sebulan Modek kerja situ, modek pun berhenti. ada la sekeping dua gambar kenangan kat situ. hehe




sebenarnya masa kerja sini modek xmove on lagi dengan kerja dekat tempat lama. Ada someone yang modek rindu sangat kat sana, dan modek nekad untuk cari kerja Area sana agar bleh terserempak dengan dia. Maka modek minta la tolong member lama tengokan tempat dia ada kosong tak dan kebetulan ada, maka modek terima.  tapi sayangnya da sebulan kerja area Ptp nie, tak terserempak pun walau sekali. 

doakan modek berjaya kerja di tempat baru ye geng. :)




Ahad, 14 Januari 2018

sahabat Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Orang kata bahgia jangan ditayang takut tak kekal lama. Tapi ingin aku coretkan disini insan yang mampu buat aku gembira kini dan aku harap ia kekal untuk selamanya inshaAllah. Mungkin terlalu mudah mencari seorang kawan, tapi begitu sukar untuk menemui yang sanggup mengharungi bersama waktu susah dan senang. 



kunci persahabatan jarak jauh yang kukuh adalah saling percaya, saling memahami dan saling bertoleransi. Jangan terlalu mudah dengar cerita sebelah pihak tanpa bertanya hal sebenar dan jangan terlalu mudah berburuk sangka dan berfikiran yang bukan- bukan. Banyak benda baru yang aku belajar dalam persahabatan aku nie, hingga kadang kala aku terfikir mengapa aku tidak menemuinya lebih awal supaya aku tidak dipergunakan oleh manusia-manusia yang hanya mencari aku dan mempergunakan aku untuk kepentingan diri mereka sendiri. 




Dia bukan hanya seorang kawan, seorang exofficemate, mahupun rakan.Tetapi dia bagi aku seorang sahabat dan ibarat keluarga. Aku sayangkan dia dan aku berharap xkan kehilangan dia seperti mana aku kehilangan sahabat-sahabat aku sbelum nie. Kali ni aku cuba jadi sahabat yang baik untuk dia. 



Buat masa nie dia mampu tegur aku yang degil dan susah nk dengar kata ni. 😁  terima kasih my dear bff Fauziah.