Da sebulan modek kerja kat kilang Jbcocoa nie sebagai Assistant Deparment Warehouse. Bidang nie sangat baru bagi modek. Yela pengalaman sebelum nie kerja hotel lepastu praktikal bahagian admin kemudian masuk kerja bahgian safety tiba-tiba sekarang warehouse. Memang pengalaman baru bagi modek, kosong-kosong tanpa pengalaman.
Moga-moga modek mampu bertahan kerja kat sini. Cabaran kerja warehouse tak sama macam cabaran kerja-kerja sebelum nie. Hati kena kental, kerja dengan lelaki. Kena kejar dengan orang atasan memang banyak main emosi. Harap-harap Allah permudahkan urusan modek di sini.
Macam mana modek leh dapat kerja sini.. Actually lepas modek berhenti je kerja dari PTIS, modek sambung kerja kat sebuah syarikat swasta tp under sebuah universiti dekat EDUCITY. Kat situ ada member suggest, kerja dia oke cuma entah la bagi modek macam tak serasi sebab modek kan jenis tak reti duduk diam. Kerja sebagai helpdesk (ala macam customer service tu), speaking kena power tapi sayangnya english modek berterabur ke longkang, hahahaha. Genap sebulan Modek kerja situ, modek pun berhenti. ada la sekeping dua gambar kenangan kat situ. hehe
sebenarnya masa kerja sini modek xmove on lagi dengan kerja dekat tempat lama. Ada someone yang modek rindu sangat kat sana, dan modek nekad untuk cari kerja Area sana agar bleh terserempak dengan dia. Maka modek minta la tolong member lama tengokan tempat dia ada kosong tak dan kebetulan ada, maka modek terima. tapi sayangnya da sebulan kerja area Ptp nie, tak terserempak pun walau sekali.
doakan modek berjaya kerja di tempat baru ye geng. :)
Hai Salam.. nak Tanya Kita boleh beli Koko dalam guni ke??
BalasPadam