Salji

Jumaat, 25 Disember 2015

External Assistant Invigilators (Partime)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah berhabuk rasanya blog nie. So kalini modek nak kongsi pengalaman mengenai kerja Partime Modek sebagai Assistant Invigilator ataupun pengawas peperiksaan. Alhamdulillah, setelah sekian lama menganggur, dengar je ada kerja terus cepat-capat grab walaupun partime. Sekurang-kurangnya dapat tambah pengalaman dan untuk duit poket sikit. 

Modek kerja kat sebuah kolej Swasta di Educity Nusajaya. Pertama kali masuk kawasan tu memang terpegun dengan pembangunan kawasan tersebut yang memang didalamnya terdapat beberapa buah kolej bertaraf antarabangsa yang mewah dan fasiliti yang banyak beserta kawalan keselamatan yang baik, Bangga jadi anak Johor melihat pembangunan Johor yang semakin membangun dikawasan Nusajaya dan Kota Iskandar.

Modek bertugas di Kolej Netherland Maritime Insitute Technology (NMIT). Kebanyakkan pelajar disini mengambil subjek Logistik dan Shipping. Modek ditugaskan untuk menjaga peperiksaan. Kerja tak sukar namun ia juga bukanlah sesuatu yang mudah. Menjaga dewan peperiksaan yang banyak prosedur terutama sekali bila nak chek pelajar sama ada membawa 'Toyol' atau barangan terlarang semasa menduduki peperiksaan. Seriusly teringat zaman belajar bila tgok student exam, teringat juga dulu pernah nakal meniru sesama kawan semasa dalam dewan. Selain mengawal, Modek juga ditugaskan untuk mengekori pelajar ke tandas membantu pelajar yang mengalami kesulitan dan segalanya yang berkaitan peperiksaan.

 



Alhamdulillah, Kerja nie bagi modek seronok sangat.  Terutama sekali jika kita seorang yang berminat dalam dunia pendidikan. Paling terharu bila student panggil modek dengan gelaran 'Miss' dan 'Cikgu', terasa ada tanggungjawab yang harus digalas. Yang paling penting Modek seronok sebab dapat kenal ramai orang dan dapat tengok pelbagai gelagat manusia. Tak lupa juga rakan sekerja partime nie, dapat la Modek berkenalan dengan beberpa Assistant invigilator juga seperti cikgu Afiqah, Cikgu Nadiah, Cikgu Faridah, Cikgu Wahidah dan cikgu Huda. Perkenalan mungkin singkat sebab tak selalu bersama dan kami bergilir-gilir dapat merasa bertugas serentak, namun perkenalan yang singkat ini diharap tak terhenti disini.


Ni kawan rapat modek di Sini. Afiqah dan Nadiah. Diorang nie adik beradik dan berasal dari Bandar Tenggara.


Kerja mana yang tak penat kan, tapi walaupun penat rasa puas hati sangat sebab tahap stress memang rendah bila bekerja dalam bidang pendidikan. Modek harap ada harapan la lepas ni nak jadi cikgu.hihihihi.. Sayangnya tugas modek disini hanya selama 4hari maka modek tinggalkan segala jejak kenangan di Blog ni supaya modek xlupa.

kata-kata penghargaan terakhir dari Modek buat Sahabat iaitu Falha, terima kasih kerana berusaha dapatkan modek kerja nie dan bersusah payah hantar pergi dan balik kerja serta tumpangkan modek dirumah kamu semasa modek bekerja. Tak terbalas jasa kamu dan modek mohon pada Allah supaya murahkan rezeki Falha. Aamin..

Ahad, 1 November 2015

Post-Convo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selama belajar di Kolej Teknologi Alpha, merekalah keluarga kedua modek. Susah senang semua sama-sama dilalui. Tapi 3tahun tu terlalu singkat, kami tak sempat lagi nak melakar rindu, maka perpisahan pun terjadi. Harap walaupun jauh jarak, walaupun mungkin berbeza negeri, selagi ikatan persahabatan ini dipegang pada satu tali, kita tetap sahabat hingga mati.













Tak semua ada dalam gambar untuk coretan kali ini, tapi cukuplah modek tau kamu sentiasa dalam hati, terutamanya Family 130/2. Maaf tiada gambar kamu (Lys, Nadya, Ernye, Linda, Poorni, Lia).
Terima kasih untuk semua kenangan indah selama 3tahun warga Alpha.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Geng:

Yulie, mOnic, Pitt, Mira
Falha, Lia, Asila, Ai peng, Poorni
Rachel, Nisha, Mendiang Inthu
Rasida, Nadya, Linda, Ernye, Lys
Elmi, Shima, Dayang, Soo Ping, Ziela
Yasmin, Nadya Ayuni, Zilah, Hafizah
Dk Rehan, Ayang , Midah, Arina, shaikal
Yuyun, Yaya, Yuni, Zue
Aishah, Nurnajian, Husna
Geetha, Shameni
Allsey, Judy, Tracy
Geng budak Lelaki






KONVO UUM 28

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah bertungkus lumus belajar selama 3tahun, maka hari yang dinanti-nanti telah tiba. Lega-nya hati bila nama tersenarai dalam kalangan yang akan berkonvo pada tahun ni. Alhamdulillah dianugerahkan pelajar kelas kedua atas dengan pointer 3.02. Mungkin modek tidak hebat dibandingkan kawan-kawan lain, tapi sekurang-kurangnya susah payah selama ini tidak sia-sia. Bertapa bangganya mak dan ayah melihat anak mereka naik ke pentas menerima segulung ijazah dengan memakai jubah istiadat.

Akhirnya aku dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA Hons).










Terima kasih kepada semua yang menyokong modek sepanjang pembelajaran, yang ada masa susah senang modek, yang sentiasa beri semangat dan dorongan.
Especially kepada emak (Raina) dan Ayah (abd Aziz) yang mendoakan dan memberi restu kepada modek sehingga berjaya menggengam segulung ijazah. Sahabat yang sentiasa ada disisi (Asila&Falha), Family 130/2, dak kolej Alpha batch FEB 2011/2012 dan semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung.

Isnin, 26 Oktober 2015

Road To KONVO



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Setelah mendapat tarikh untuk konvo iaitu pada 28 oktober 2015, maka banyak persiapan yang harus diselesaikan oleh pelajar.  Pelbagai proses yang dilalui untuk menghadiri majlis ini. Termasuklah membuat urusan pembayaran di CIMB (yuran alumni) dan BIMB (bayaran jubah). Setelah selesai semua pembayaran harus pula menyelesaikan tugasan questionare pelajar dan setelah segalanya selesai, urusan seterusnya adalah mencari tiket bas, tempat penginapan dan kereta sewa untuk memudahkan perjalanan ke sana.

Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan Lancar. Hasil pertolongan dan info dari kawan-kawan Alpha dan pelajar-pelajar UUM, segalanya dapat diselesaikan dan hanya menunggu tarikh untuk ke sana. Maka sebelum menghadiri majlis konvo, pelajar dikehendaki mengambil jubah pada tarikh yang ditetapakan. Sebagai pelajar PJJ (fulltime) kami diberi masa untuk mengambil jubah pada 24 Oktober 2015.


SELAMAT BERKONVO
KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA FEB 2011/2012
UUM 28
28 OKTOBER 2015



Sabtu, 8 Ogos 2015

Tahniah Norasila

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahniah sahabat. Tahniah atas pertunangan, tahniah atas kejayaan dan tahniah untuk semuanya. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Awak dunia akhirat.

Now awak dah ada Baby Kelisa idaman awak sejak zaman skola.. Alhamdulillah awak juga dipertemukan dengan lelaki yang baik yang bakal menjadi imam awak dan pembimbing awak ke Syurga. semoga hubungan awak dan Haziq kekal hingga Syurga. 









Rabu, 29 Julai 2015

Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"SELAMAT HARI RAYA"
Tahun nie Raya yang hebat juga rasanya, sebab buat pertama kalinya modek dapat ikut kawan-kawan beraya luar kawasan Johor Bahru. kemanakah kita?? Dari JB>>Pontian>>Batu Pahat>>Segamat.
Terima kasih tak terhingga kepada sponsor kereta dan minyak. En Hayrul Hafiz (Kecik).




Sabtu, 25 Julai 2015

Reunion 4&5 UTM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kadang-kadang bila masing-masing da besar dan dah bekerjaya nie, member lama memang susah nak berkumpul semula. Especially kawan-kawan masa SPM dan STPM. Bukan tak sporting, tapi kekangan masa menyukarkan untuk berkumpul. Tapi Alhamdulillah, setelah 7tahun, kami berkumpul semula walaupun tak semua ada. 

Masa kat SMK Tun Syed Nasir Ismail, kami sekelas amek subjek Sains Sukan dan kami antara kelas yang famouse dalam skola. paling nakal dan degil adalah dari kelas kami. Kelas 4UTM (2007) dan 5UTM(2008). Tapi Alhamduliilah, masing-masing semua da berjaya sekarang. Ada yang masih belajar ada yang dah tamat belajar ada yang dah bekerjaya.

In Sha Allah, kalau ada kesempatan lagi, aku akan joint untuk kumpul dihari akan datang,



Khamis, 18 Jun 2015

Demam Denggi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semasa menghabiskan sisa-sisa terakhir menghirup udara seremban, aku dijangkiti Demam panas dan sakit-sakit sendi. Balik je dari Seremban>>Johor aku semakin lemah dan tak mampu nak berjalan. Setelah pergi cek darah di Klinik Kampung Melayu Majidee, aku disahkan terkena virus Denggi dan terus dibawa ke Hospital melalui Ambulans. 

Aku ditahan di wad selama 5 Hari 4 Malam dan aku rasaya beryukur sangat sakit aku semakin berkurang sejak di Masukkan ke wad. Alhamdulillah, disini juga aku nak ucapkan terima kasih kepada mak ayah yang risau sangat keadaan aku, kepada sahabat yang sanggup datang jauh-jauh untuk jenguk aku dan bawa buah tangan. Terima kasih kepada Falha dan Monica. kepada kawan-kawan yang sentiasa bagi kata-kata semangat melalui whatsapp dan mesej, aku hargai keprihatinan korang. 

Dapat jugalah merasa puasa 1 Ramadhan kat Hospital. hehehehe...



Jumaat, 12 Jun 2015

Rindu Seremban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah siap semua tugasan terakhir sebagai seorang pelajar, maka aku berjimba dengan kawan-kawan yang dah hampir 5 bulan tak berjumpa, dan selepas ini mungkin agak sukar untuk bertemu lagi kerana masing-masing da bekerjaya dan tinggal berjauhan. Tipu tak sedih,,, Tapi apapun, masa yang ada nie,  bila berjumpa, benda yang paling penting adalah "Selfie"


Lepaskan hajat untuk belanja Yulie makan tako tao.


Lepak makan sama-sama kat McD


Lepak makan kat Raaz dengan kesayanganku


Lepak kat City park.
Tempat yang menyimpan 1001 kenangan.


Muka happy lepas hantar report. Alhamdulillah.. 
Min masa nie dok demam rindu sebab Erol tinggal balik selangor. 

Semoga bertemu lagi masa Konvo. In Sha Allah.

Assigment Terakhir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah bertungkus lumus habiskan pengajian dan selesaikan latihan Industri, maka tugasan terakhir sebagai seorang pelajar adalah menyiapkan tugasan terakhir berkaitan laporan industri. Segalanya berjalan lancar walaupun buat pada saat-saat akhir. 

Tak terkata rasa gembira dan sebak di saat Pensyarah dan penyelaras praktikum En.Aziz (Kolej Teknologi Alpha) Menyatakan "Tahniah, dengan ini secara tak langsung anda dah Lulus dan akan konvo pada tahun ini". 

Tahniah semua kawan-kawan yang akan konvo pada tahun 2015. 


Rabu, 3 Jun 2015

RINDU ALPHA_UUM BATCH 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

ukhuwah itu kadangkala mempunyai episod yang sukar ditanggung. Orang yang kita rindui jarang punya waktu untuk bersama, sekalipun sudah ada didepan mata; tiba-tiba kita diuji dengan kesibukkan yang menghurung. Akibatnya diserang rasa bersalah yang menggunung. Tiada apa yang mampu dilakukan melainkan melalui semua ini dengan sabar dengan harapan kita akan bertemu disyurga dan berlama-lama disana.

In Shaa Allah, jika aku berkawan aku tak akan pernah mengkhianati kawan aku dan aku juga harap begitu. Kasih Sayang ku berikan padamu Semua sahabatku, tiada apa yang mampu kuberi melainkan kesetiaan dan doa yang berpanjangan selagi hayat ku dikandung badan. 










"kadang kala orang yang paling merimaskan dan suka menganggu kita adalah orang yang akan kita rindu bila kita sunyi. Hal ini kerana kita pernah menyayanginya dan dia pernah membahagiakan hidup kita suatu ketika dahulu."


"Pokok tak sedih bila ditebang dengan Kapak tapi akan mengalir air  matanya bila melihat hulu kapak yang diperbuat dari kayu"


"Jika Seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya" (Riwayat Abu Daud)


Selasa, 2 Jun 2015

Country Garden

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah da berjaya tamatkan praktikal dengan jayanya dan lega sangat dapat tinggalkan Program Department yang dah buat aku trauma selama 4 Bulan. Setelah menyelesaikan Clearance untuk Asrama, maka kami bertolak balik, Agak bertuah modek kali ini sebab ada orang nak hantarkan barang modek yang banyak tu balik ke kampung Halaman (MAJIDI). Terima Kasih Siti Falha Binti Mazlan.

Setelah kami berFarewell bersama selama 3 Hari berturut-turut, maka tiba masanya untuk pulang dan kami sempat meluangkan masa bersama-sama di Country Garden, DangaBay Johor Bahru untuk kenangan kali terakhir. Entah bila lagi la kan dapat jumpa macam nie. urmmm.. apa-apapun disebalik senyuman sebenarnya tersimpan seribu kesedihan, aku terfikir adakah ini kali terakhir aku bertemu dengan dia?? Sejak kehilangan rakan kolej Inthu, aku rasa takut untuk berjauhan dengan kesayangan-kesayangan aku sebab kalau boleh aku ingin menatap wajah mereka sepuasnya sebelom aku pergi.








Siti falha Binti Mazlan. Kawan rapat den yang paling den sayang. Seronok tengok dia tersenyum. modek masih lagi gemuk pendek seperti dulu dan bertambah-tambahlah gemuknya.


khas untuk Falha @tiger @tembam @Oshin

Andai ini kali terakhir pertemuan Kita, mah harap fal dapat maafkan mah, mah banyak sangat dosa pada fal. Halalkan segalanya. Mah harap fal tak lupakan mah, kebahagiaan itu milik kamu kawan.  Semoga bertemu sahabat yang lebih baik dan mampu menjaga nama baik fal didunia dan Akhirat. Semoga fal dipercepatkan Jodoh kerana mah nak makan nasi free nie... (itu pun kalau fal jemput) hahahha... terima kasih sebab da susah-susah hantar mah balik. Jasamu sentiasa ku kenang. Kenangan dengan mu sepanjang 3Tahun 5 Bulan kita kawan juga akan sentiasa dalam ingatan.

"Disini jua memori tercipta walau seketika terjalin kasih kita, mungkin disini kitakan terpisah, kenangan bersama tiada ku lupa.  Yang terpahit juga termanis semuanya bagiku terindah..ku ingati buat selama-lamanya"

Khamis, 30 April 2015

Cute Gugurl flex

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pejam Celik.. Pejam Celik.. dah 3 bulan kat sini.. Alhamdulillah... lagi sebulan jer lagi.... ok, mood nak bercerita pasal kawan-kawan rapat modek kat Flex nie. Bila dah biasa berempat, kadang-kadang bila terkurang sorang pasti akan ada rasa janggal dan msti ada orang-orang meja sebelah yang tanya, mana dia?? mana dia??




Moh nak perkenalkan satu persatu...


1. Norasila Binti Haron. (LALA)

Sahabat kesayangan modek. Dah penat nak cerita tentang dia sebab kalau scroll tajuk dari awal blog nie ditubuhkan da banyak cerita pasal dia. Anyway dia adalah trainer di Flextronic dan Alhamdulillah dengar khabar dapat diserap terus menggantikan Puan Noraini. kerja elok-elok.. Awak dapat sambung kerja atas effort awak sendiri, pedulikan apa orang kiri kanan depan belakang atas bawah nak kata apa yang penting saya kenal awak siapa dan sentiasa sayangkan awak. Memang awak seorang yang tak tau serba serbi masa kat kolej, tak tau buat assigment, tapi awak da buktikan awak mampu jadi pekerja yang baik. chaiyook...chaiyook sayang...


2. Nur Farah Hani Binti Omar (HAHA)

My new Friend start 2 Feb until forever. Hani, dak kartun yang suka buat lawak dan suka buat muka blur-blur.. Bakal Enggineer. Dia Antara orang yang suka sakat aku dan kenakan aku masa tengah berborak. Dak nie duduk kat pekan Nenas, Sorry dah berpunya so xperlu isi borang untuk kenal dia. Special tentang dia adalah dia lahir satu bulan dengan aku dan ada beberapa persamaan dia dan aku.. muka dia mcm artis (Fathia) bukan Wan Maimunah lah.. xnak mention sebenarnya tapi rasa kena juga, dia sebenarnya tua 2 tahun tapi xnak mengaku kakak, kalau boleh nak mengaku sebaya.hahahaha... i like to smell your honeydew... 



3. NorBaizurah binti Md Noor (BAIBAI @ RARA)

Manusia paling kecik sekali dalam geng. Cukup marah bila orang panggil dia PENDEK, Actually aku tak suka nak tipu tapi hang memang PENDEK. hahahaha... Anyway dia suka pakai Kasut tumit, Hobi dia tambah stock kasut, handbag dan suka melancong. Kelemahan dia makan tak pernah nak habis, so sebagai tong sampah aku juga la yang habiskan. Sangat sukar dalam memilih pasangan namun dia 
Dah berpunya namun jika anda rasa anda layak sila isi borang yang boleh didownload dilaman web berikut >> (JUMPA CIK MD NOOR). 


Apa persamaan yang ada pada kami bereempat, maybe kami sekepala kot... tapi kebiasaannya diorang lagi sekepala untuk kenakan aku.. paling kuat nangis adalah aku, paling kuat gelak juga aku. korang bertiga anak sulung so semua nampak matang, aku manja sikit sebab aku kan paling muda antara korang.. hahahahaa... Hope kiter xlost contact biler da habis praktikal, Good Luck Hani dan Zura. Semoga dapat sambung kerja di Flextronics.








Apa-apapun, tak dilupakan juga untuk adik-adik praktikal yang dah tamatkan praktikal bulan nie, Syazwani dan Fatin Hanisah, good luck untuk 1 lagi Semeter.. Semoga korang dapat kerja yang baik dan berjaya didunia dan Akhirat. Jangan lupa kakak-kakak comel kat sini.








Isnin, 13 April 2015

Kajian Kes: kena Block?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

First time rasanya nak buat kajian kes nie, isu yang berkaitan dengan diri sendiri. Isu kena Block.. Ada ke manusia yang ada laman sosial tak pernah kena block? atau tak pernah cuba-cuba block orang? zaman sekarang nie banyak laman Sosial yang menjadi kegilaan remaja dan dewasa seperti Facebook, Instagram,Twitter, Wechat, Whatsapp, Line, Kakaotalk, yahoo Messenger dan sebagainya. Semakin banyak laman sosial semakin ramai friend list dan Stalker. 

Especially want to say about Stalker.. Stalker adalah someone yang always want to know what u update everyday. Ada 3 Jenis Stalker. First yang suka menunjukkan diri dan siap cakap dengan owner yang dia sentiasa follow all activity orang tu buat dekat laman sosial, siap letak kat "Favourites" to get notification what they like or comment. Second is stalker yang suka sangat like n comment setiap status yang kita buat, kalau setiap status dia komen xke menyemak namanya dan memang sengaja menunjukkan yg dia sentiasa follow update kita. Third is Stalker secara senyap dan kebiasaannya ini yang paling berbahaya kerana maybe dia adalah secret admire or musuh yang memang kita tak kenali.

Back to story, Banyak sebab kenapa anda kena block atau sebab kenapa anda mesti block someone.Antaranya ialah;



1.Sikap terlalu "showOFF"

Kadang-kadang kita block orang maybe sebab menyampah tengok balik-balik muka dia yg update.. macam dia je ada Facebook or other social network. Sampai kadang kita terlupa, tu facebook dia suka dialah dia nak update apa. Dan mungkin kalau kita kena block dgn sesiapa adalah disebabkan orang tu menyampah nak baca semua benda yang kita update So dari dia benci kita better dia block.

2. Alasan tak munasabah

"Aku block kau sebab boypren/gilpren aku tak suka aku berhubung dengan kau walaupun kau just ex or maybe sebab kau lain jantina dengan aku." memang tak munasabah sangat, Akaun anda adalah hak anda, maka anda berhak buat keputusan.


3. KARMA??

Hidup nie kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah. Karma tu setiasa ada dimana kejahatan yang kita lakukan pasti akan dibalas balik, jadi jika anda tidak suka di Block maka anda juga harus mempunyai kesedaran untuk tidak block orang. Saya menyedari hakikat ini kerana saya mula sedar saya di Block mungkin kerana saya juga salah seorang yang suka block orang.

4.Stalker 

Jika anda seorang stalker yang suka menunjukkan diri, memang selayaknya anda di Block. maka untuk menyelamatkan anda adalah, Lain kali Stalker la secara senyap, buatlah macam tak tau apa-apa yang dia update. Tapi if anda seorang yang lurus seperti saya, maka anda memang layak kena block kerana saya seorang yang lurusnya mengatakan "Saya Stalker Awak."


5. kena block sebab BENCI

Nie no komen. Sebab kebiasaannya memang orang yang kita tak suka kita memang xkan add.. or maybe kiter pernah jadi kawan dan tiba-tiba rasa benci tu muncul maka jalan terbaik adalah BLOCK. Ok, kadang-kadang kita kena tau someone nak kita Chow dari hidup diorang, so kalau da kena block tu xfaham-faham lagi ke??

6. Positif

Last but not least.. positifkan diri anda.. mungkin anda di Block kerana anda terlalu handsome dan cantik or maybe comel. If saya yang kena Block maybe sy boleh fikir yang saya nie Gemuk pendek a.k.a comel kot sebab tu sy kena block. hahahaha...




Tamat sudah kajian kes saya. Maka jika anda diBlock, xperlu gusar dan susah hati, jika anda kenal siapa yang block anda, Berdoalah supaya Allah lembutkan hatiNya untuk unblock semula. Sesungguhnya kekuatan dan senjata seseorang Muslim adalah pada Doa. 

Rabu, 1 April 2015

Epy b'Day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat Hari Lahir buat kesayangan ku berdua nie. Dah 3 Tahun berturut sambut sama-sama, Alhamdulillah,, Allah beri lagi peluang untuk kali ke 4 sambut bersama, namun ini membuatkan aku terfikir adakah masih ada untuk tahun-tahun seterusnya. In Shaa Allah aku tak akan lupa tarikh-tarikh penting nie. 






In Shaa Allah nama kalian sentiasa ada dalam doa modek.. Modek doakan korang panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga mendapat kerja yang baik dan dipermudahkan untuk membina masjid nanti. Sayang siti Falha binti Mazlan dan Norasila binti Haron. Maaf tiada hadiah mahal atau yang terbaik mampu diberi, namun modek takkan lupakan korang dan sentiasa mendoakan kebahagiaan korang dunia dan Akhirat.

" Purnama tak bercahaya bila mana mentari tiada"